SET BULAN PUASA


Sempena bulan Ramadhan yang kian hampir menjelma, Mami Leesya menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Shaklee Mighty 3 Gems program. Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. Anda jangan risau, set ini sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding).


So jika anda malas untuk masak sahur, terbangun lambat untuk sahur dan sebagainya, set ini adalah sangat sesuai untuk anda. Even untuk bulan-bulan lain selain Ramadhan, set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi. Menu sarapan pagi ini boleh diamalkan oleh semua golongan, dari kanak-kanak sehingga ke warga emas. Ia membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan setiap hari.

Terdapat 3 jenis produk dalam set ini - Mealshake, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.

Dapatkan set Shaklee Mighty 3 Gems dari Mami Leesya sekarang. Untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement B-Complex, Vita-Lea dan Vita-C dalam rutin sahur anda. 

Kami mengucapkan selamat berpuasa dan semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna (^_^)

Anda ada masalah badan berbau?

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan. Tidak kira lelaki atau wanita.

Apakah punca masalah bau badan ni??
Masalah bau badan berpunca daripada badan yang kurang bersih. Makanan akan menyumbang lagi keadaan ini. Mungkin ramai yang tidak dapat menerima pandangan ini, kerana masing-masing mengaku aku mandi tiap hari 2x, tak bersih ke? Ya, selepas mandi badan anda memang tidak berbau, tetapi setelah berpeluh aroma yang tidak menyenangkan ini mula menonjolkan diri. Mengapa?
Dalam badan kita ada 2 jenis kelenjar yg menghasilkan peluh. Pertama kelenjar Eccrine dan yang kedua Kelenjar Apocrine.
  • Kelenjar Eccrine - Bertanggungjawab terhadap proses berpeluh yg mana ia bsambung terus hingga ke permukaan kulit utk menghasilkan kulit..Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan buangan seperti urea,sodium,kalsium atau elektrolit. Peluh melalui kelenjar Eccrine ni bersifat tulen,jernih seperti air dan tidak berbau kerana terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.
  • Kelenjar Apocrine -Merembeskan cecair yg lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah (bau badan) jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.


Faktor -faktor yg menyebabkan bau badan :


  • Pencernaan yang tidak sempurna (sembelit)
  • Pengambilan pelbagai jenis makanan (bawang putih, kekacang, rempah, daging)
  • Suka minum banyak kopi atau minuman berkafein
  • Faktor Genetik
  • Mempunyai masalah ginjal, hati, hypoglycemia(kurang gula dlm darah), jangkitan kuman,kencing manis dan tiriod
  • Tekanan kerja

Cara menghilangkan bau badan :

  1. Kerap mandi dan jaga kebersihan diri- Cara terbaik ialah mandi 3 kali sehari, agar bakteria tidak boleh membiak dan pastikan pengambilan sabun anti bakteria. Amalkan pemakaian deodorant atau basuh dengan air limau
  2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar- bahan sebegini memastikan adanya peredaran angin, dan mengurang rasa panas dan secara tidak langsung mengurangkan peluh.
  3. Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
  4. Berhenti merokok
  5. Ambil supplement Shaklee

Bagaimana dengan pengambilan supplement shaklee dapat membantu anda dalam menangani masalah bau badan ini???


Alfalfa Shaklee - Alfalfa shaklee adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.



Garlic Shaklee – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau.


Herb-Lax Shaklee – Herb-Lax shaklee secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herb-Lax shaklee boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

TIP UNTUK MAMA : EPISIOTOMI CEPAT SEMBUH

Luka episiotomi memang tidak dapat dielakkan terutama sekali bagi kelahiran bayi pertama. Antara tip supaya luka ini cepat sembuh ialah :
  1. Pastikan kawasan terbabit sentiasa kering setiap kali selepas membuang air kecil atau mandi.
  2. Sentiasa memastikan ruang perineum bersih kerana darah nifas dan air kencing mengandungi kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan pada luka.
  3. Amalan sitz bath iaitu merendamkan punggung ke dalam air garam akan mengurangkan sakit dan membersihkan luka tersebut.
  4. Elakkan duduk atau baring terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tekanan pada luka.
  5. Pastikan anda tidak sembelit dengan mengamalkan diet kaya serat. Sembelit boleh menyebabkan luka episiotomi bertambah teruk.
  6. Elakkan makanan yang gatal seperti telur dan makanan laut bagi mengelakkan luka bernanah.
  7. Senaman kegel menyebabkan aliran darah ke bahagian tersebut dan mempercepatkan penyembuhan luka.
  8. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan daripada tekanan pada luka.
  9. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakan. 
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in