TIPS KESIHATAN SEMASA HAMIL DAN BERPUASA

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketaksernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahidrat.

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Hukum Wanita Hamil Berpuasa

Sepanjang bulan Ramadhan, ramai di kalangan kita yang brsungguh-sungguh mengejar barakah yang berada didalamnya dengan mengerjakan amalan puasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi maslah.Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.

Namun begitu, ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan bayi atau wanita yang hamil itu sendiri.

Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ada setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau meninggalkanya sepanjang kehamilan. Tiada suatu pendapat seragam yang sesuai digunakan untuk semua wanita hamil. Oleh itu, doktor harus menilai wanita hamil secara individual kerana hukum bagi wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu janganlah mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan pada wanita yang hamil. Hanya mereka sendiri yang dapat mengetahui kekuatan diri mereka unutk berpuasa. Oleh itu, jika mengalami kekeliruan terhadap kesihatan haruslah berjumpa dengan doktor untuk berbincang.


HUKUM WANITA HAMIL BERPUASA

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh puasa jika si ibu khuatirkan keselamatan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.

Ini bertepatan dengan firman Allah :

"dan jangan kamu membunuh diri kamu" (al-Nisa'4:29)

"dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah 2:915)

Terdapat dua hukum dalam keadaan ini iaitu :

Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa.

Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbang akan kesihatan dirinya, maka  mereka hanya wajib menggantikan puasa saja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.

Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat akan tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi dalam rahimnya.

Dalam hal ini, ulama memberikan pendapat dibolehkan berbuka puasa tetapi beliau harus menggantikan di hari lain dan harus membayar fidyah.

"barang siapa yang uzur (tidak boleh puasa), maka hendaklah membayar fidyah dengan memberikan makan pada orang miskin" (al-Baqarah 2:184)

Dalamfatwa al-shaykh Ibn Baaz (lihat juga al-Mawsoo'ah al-Fiqhiyyah 16:272) memberitahu adalah wajib bagi wanita untuk berbuka puasa jika puasanya akan mendatangkan kemudharatan dirinya atau bayi, dengan syarat ia dinasihat oleh doktor Muslim yang baik.


CADANGAN SLIMMING SET!!!

New Combination (OMEGA & ALFAFA & B COMPLEX)

 
kebiasaannya kita selalu dengar SLIMMING SET SHAKLEE terdiri daripada OMEGA & LECITHIN & ALFAFA & ESP & CINCH. Tapi sebenarnya kita terlepas pandang kepada B COMPLEX yang sebenarnya mempunyai fungsi yang sangat bagus dalam membantu menurunkan berat badan.

Kepelbagaian pilihan sekarang buatkan kita tidak tahu yang mana satu yang sesuai dan menjadi pilihan yang utama. OMEGA & LECITHIN adalah untuk membakar lemak-lemak yang ada. gabungan ini adalah SUPERBBB untuk mempercepatkan proses PEMBAKARAN LEMAK. Tetapi jika perlu dipilih tentulah OMEGA yang bagus kerana OMEGA ibarat GAJAH & LECITHIN ibarat KANCIL dalam proses mempercepatkan pembakaran LELEMAKS kita.hehe!
Ok. sekarang kita tengok new combination ni, apa yang istimewanya di samping BUDGET yang sangat sesuai untuk kita :))

B COMPLEX - kandungan Thiamine iaitu B1 sangat membantu meningkatkan metabolisme dalam badan kita. dan kandungan ASID FOLIC yang tinggi sangat membantu mempercepatkan kadar serapan dalam badan kita. kadang-kadang kita lambat sangat turun berat badan disebabkan kadar metabolisme dalam badan kita rendah

OMEGA GUARD - Omega 3 berupaya membakar lelemak didalam badan. Bukan itu sahaja, minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan bagi mereka yang mahu membuang lemak di badan. Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang mengawal selera makan. Leptin (di dalam Omega 3) inilah yang mengehadkan rasa lapar seseorang.

ALFAFA - membantu dalam proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

OK.. sdah siap proses explan mengexplan.. Sekarang tepuk dada tanya selera.. Pilihan ditangan anda (^_^)
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in