Pemakanan Ibu Hamil Bekerja


Kesibukan seharian di tempat kerja kadang kala membuatkan ibu hamil tidak sempat untuk menikmati hidangan makan yang sempurna. Adakalanya disebabkan sibuk dengan mesyuarat dan janji temu perniagaan, membuatkan anda terlepas waktu makan utama.
Jangan jadikan ia amalan kerana sebagai bakal ibu, anda harus memastikan pemakanan adalah seimbang dan sempurna setiap hari kerana turut membekalkan nutrien kepada anak di dalam kandungan.

Beberapa tip mudah berikut mungkin boleh membuatkan anda kekal bertenaga dan memberi bayi dalam kandungan khasiat yang diperlukan.

*Sekiranya jenis pekerjaan ibu sentiasa membuatkan anda tergesa-gesa di pagi hari, sediakanlah makanan untuk sarapan pagi pada malam sebelumnya yang mudah dimakan dalam perjalanan atau sebaik tiba di pejabat.

*Menyimpan bekalan snek yang sihat di laci meja kerja  juga membantu mengurangkan rasa lapar di tempat kerja. Antara menu yang dicadangkan adalah potongan buah-buahan segar, buah-buahan kering seperti prun, kurma, aprikot,  sayur-sayuran kukus seperti brokoli, lobak merah, jagung muda manis, bijirin, kekacang seperti badam atau gajus, biskut berserat dan roti.

*Selain mengambil nasi dan lauk pauk, anda boleh pelbagaikan makan tengah hari dengan membawa bekalan seperti sandwic menggunakan roti pita dan tortillas. Gunakan daun salad ditambah dengan hirisan ayam yang dibakar. Untuk mengelakkan tidak sempat menyediakan bekalan ini, anda boleh sediakan beberapa inti sandwic yang berbeza pada malam sebelumnya. Jadi, ia dapat menjimatkan masa anda di waktu pagi.

*Sup berkrim juga berkhasiat untuk dinikmati. Anda boleh sediakan sendiri atau guna sup tersedia dalam kotak atau botol. Bagaimanapun pastikan membaca label bagi mengelakkan sup yang banyak garam.

*Untuk mengenyangkan perut di waktu makan tengah hari, pilihan kentang juga bagus untuk membekalkan tenaga, vitamin C dan serat. Anda boleh memasak kentang bakar yang diisi dengan beberapa inti menarik seperti keju, daging ayam atau lembu cincang, kacang panggang dan sayuran.

*Salad tidak pernah gagal menjadi pilihan makanan paling berkhasiat tidak kira sama ada disediakan sendiri atau pun yang dibeli. Bagaimanapun pastikan bahan-bahan campuran dengan salad adalah yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang mencukupi.

Sekiranya anda keluar makan di luar elakkan daripada makan makanan segera kerana ia mengandungi banyak lemak dan rendah nutrien. Tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan sekali sekala. Ada cara untuk membuatkan makanan segera yang dipesan lebih sihat, misalnya jika memesan piza, pilihlah bahan lauk atas berasaskan sayur-sayuran dan bukan daging. Makan piza dengan salad  untuk mendapat pelbagai nutrien.

Anda perlu berhati-hati mengenai ramuan hidangan kerana kini sedang hamil. Jika makan ikan tuna atau stik daging lembu, pastikan ia cukup masak. Jangan makan makanan laut yang tidak dimasak atau sos dan pencuci mulut yang dibuat daripada telur mentah. Ia boleh menyebabkan ibu hamil terkena jangkitan bakteria.

Perhatian Kepada Ibu Hamil.. Tidak Semua Supplement Shaklee Sesuai Untuk Anda

As'salamualaikum w.t.b dan Selamat Petang mommy2 sekalian..

Hari ni ok ke, baby dalam tu ok.. Bagi mommy2 yang ambil Shaklee mesti sentiasa ok kan.. Kan Shaklee the best.. heheh..

Petang ni mami leesya nak kongsikan beberapa vitamin shaklee yang mommy2 tengah pregy tu tidak boleh ambil.. kenapa?? Ni mami leesya mahu bagi tahu lah ni.. Baca sampai abis yer :)

Antara Suplement Shaklee yang mommy2 tidak boleh ambil adalah seperti dibawah ni :
  • Alfalfa Complex
  • GLA Complex
  • Vita E
  • Herba-Laz
  • Carotomox
  • Cinch (Chinch Tea/ Vanila/ Shake)
  • Garlic Complex
  • Collagen Powder
  • DTX Complex
  • Vivix

Kenapa mommy2 sekalian tidak boleh ambil kesemua suplement tersebut :
  • Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vita E, Vivix, GLA dan Carotomax tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. 
  • Cinch tidak digalakkan ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi anda
  • Begitu juga dengan Alfalfa Complex yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. 
  • Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.
Vitamin yang sesuai untuk ibu hamil adalah:-

Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan. Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda mencuba Set Ibu Hamil Shaklee.

Apa yang terkandung dalam Set Ibu Hamil Shaklee?


Set Ibu Hamil Trimester 1
  • B-Complex (dengan asid folik) 
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C (Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil) 
  • Ostematrix (Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
 
Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3
  • B-Complex (dengan asid folik) 
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C (Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
  • Ostematrix (Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
  • Omega Guard (Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA)
Mommy2 sekalian boleh juga add On ENERGIZING SOY PROTEIN
 
ESP (Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan)

Anda adalah apa yang anda makan..begitu juga dengan anak anda..Jika anda telah mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi anda ketika hamil, itu adalah lebih baik. Set ini hanya membantu anda melengkapkan pengambilan nutrisi anda ketika hamil..Namanya pun makanan tambahan, kan..

Semoga anda mendapat yang terbaik sepanjang kehamilan anda..

GLA Complex Untuk Lelaki


Ramai beranggapan GLA shaklee hanya untuk wanita. Silap silap silap. In fact, GLA baik untuk lelaki,  warga emasa dan kanak-kanak. GLA shaklee bersumberkan minyak birage yang berkualiti tinggi. Ianya sumber terbaik berbanding bunga evening primrose dan minyak blackcurrent.

GLA sebenarnya dihasilkan oleh tubuh manusia secara semulajadi.Ianya sejenis fat yang membuatkan kulit, kuku dan rambut menjadi lebih lembap, bersinar dan sihat. Golongan lelaki yang mengamalkan GLA setiap hari dapat mengelakkan terjadinya kanser prostat, mengurangkan  risiko diabetes, antioksida yang baik untuk detoks toksin dari tubuh (contohnya akibat tabiat merokok, minuman keras, radiasi) dan menambahkan level kacak lelaki.

Level kacak bertambah? Yelah...jerawat kecut, kulit dengan tona sekata, kulit lebih mulus dan muda. Kalau kulit bertompok-tompok akibat eczema pun memang sesuai sangat amal GLA.Kawan admin dari sekolah cina dulu amalkan makan GLA. Kulit beliau lebih halus dan cerah. Memang untuk golongan lelaki yang malas minum collagen ni, GLA adalah pilihan terbaik. Tak banyak, disiplin makan 1 jenis suplemen jer. GLA Shaklee yang satu ni.

Oh ya, jangan lupa ambil gambar sebelum dan selepas makan GLA. Sebab kita yang tengok muka sendiri ni tak kan perasaan level kacak dah up up up.Kesannya boleh dilihat 6-8 minggu atau lebih awal. 
 JOM TENGOK KHASIAT GLA

Herba Tradisi Yang Dipercayai 
  • Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia di gunakan untuk merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina 

Mengawal Selia Testosteron 
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki 
Memperbaiki Prostatomegaly 
  • GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
Menentang Kanser
  • GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
Inflamasi Kulit 
  • Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi darirheumatisma dan artritis
Untuk Penghidap Diabetes 
  • Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi
Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan 
  • Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.
Tekanan Darah Tinggi 
  • Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung
Memperbaiki Tekstur Rambut 
  • Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in