Apa Itu Collagen Powder??

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan



Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.


Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

TESTIMONI COLLAGEN POWDER



Bahaya Alfalfa kepada ibu menyusu

alfalfa bahaya Bahaya Alfalfa kepada ibu menyusu.
Sekarang dah banyak syarikat mengeluarkan suplemen berasaskan Alfalfa. Baru-baru ni saya ada terjumpa di sebuah pasaraya botol minuman Alfalfa. Alfalfa atau nama lainnya medicago sativa adalah tumbuhan yang kaya dengan nutrisi dan zat galian. Ia dikenali sebagai Raja Tumbuhan dan mempunyai 1001 kebaikan tau.
Manusia dah gunakannya sejak 2500 tahun. Wah lama tu. Patutla ia sangat bagus untuk kesihatan manusia sejagat. Dekat pasaraya tertentu juga ada menjual sayuran alfalfa ni..haa fresh gitu, yer tak? Boleh buat ulam2an dan masakan tertentu.
Tapi selamatkah alfalfa ni walau beli yg ‘fresh’ dari pasaraya? Lagipun seorang doktor perubatan yang dikenali ramai di alam maya juga pernah menyatakan ia bahaya kepada ibu menyusu. Dalam produkShaklee juga ada suplemen Alfalfa dan tumbuhan herba ini MEMBANTU dalam penghasilan susu badan.
Ramai dah takut dengar berita ni sehingga ada yang terlalu bijak keluarkan kenyataan alfalfa Shaklee membahayakan ibu menyusu. Tu dia sampai macam tu sekali fobianya rakyat MALAYSIA ni dan lagi best, isu hangat ni lagi seronok ‘mereka’ yang berkenaan menghukum sesuatu produk. Wah hebat lagi bijak dari saintis dunia
FDA alfalfa shaklee Bahaya Alfalfa kepada ibu menyusu.Seperti yang dinyatakan dari FDA, Alfalfa ni bahaya jika ianya dari sumber biji benih, batang dan sebagainya. Kecuali dari daun alfalfa yang telah matang.
Tahu tak?
Sumber Alfalfa Shaklee adalah dari daun alfalfa dan hanya akan dituai apabila daunnya mencapai kematangan yang mutlak. Ini kerana daun yang matang mengandungi klorofil. (sumber : The American Journal of Clinical Nutrition)
Medicago Sativa atau dikenali sebagai Alfalfa dari produk Shaklee, ditanam secara organik di California yang dijamin bebas dari pestisid dan herbasid. Juga menggunakan bahan kompos bebas dari bahan kimia.
Tumbuhan alfalfa keluaran Shaklee merupakan tumbuhan medicago sativa yang memiliki gred paling tinggi dalam bangsa alfalfa lain.
Kerana ia mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Sebab itu ia digelar Raja segala tumbuhan.
Daun-daun Alfalfa Shaklee juga telah dikeringkan dengan UDARA secara SEMULAJADI sebab nak kekalkan nutrisinya. Bahagian lain yang tak penting dilupuskan. Jika suhu panas yang keterlaluan, pasti menjejaskan nutrisi daun alfalfa.
Bermula dari proses penanaman sehingga dikompres menjadi tablet, dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.
Pendek kata,
Pastikan alfalfa yang anda amalkan adalah dari bahagian daun yang betul-betul matang, tergolong dari jenis gred yang tinggi dan dikawal ketat lagi teliti bermula penanaman sehingga ia diproses peringkat akhir.
Saya sangat suka dengan Alfalfa Shaklee kerana kualitinya sangat dijaga dan Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Memulihara Alam Sekitar.
Alfalfa Bahaya Alfalfa kepada ibu menyusu.

Pemakanan Ibu Hamil Bekerja


Kesibukan seharian di tempat kerja kadang kala membuatkan ibu hamil tidak sempat untuk menikmati hidangan makan yang sempurna. Adakalanya disebabkan sibuk dengan mesyuarat dan janji temu perniagaan, membuatkan anda terlepas waktu makan utama.
Jangan jadikan ia amalan kerana sebagai bakal ibu, anda harus memastikan pemakanan adalah seimbang dan sempurna setiap hari kerana turut membekalkan nutrien kepada anak di dalam kandungan.

Beberapa tip mudah berikut mungkin boleh membuatkan anda kekal bertenaga dan memberi bayi dalam kandungan khasiat yang diperlukan.

*Sekiranya jenis pekerjaan ibu sentiasa membuatkan anda tergesa-gesa di pagi hari, sediakanlah makanan untuk sarapan pagi pada malam sebelumnya yang mudah dimakan dalam perjalanan atau sebaik tiba di pejabat.

*Menyimpan bekalan snek yang sihat di laci meja kerja  juga membantu mengurangkan rasa lapar di tempat kerja. Antara menu yang dicadangkan adalah potongan buah-buahan segar, buah-buahan kering seperti prun, kurma, aprikot,  sayur-sayuran kukus seperti brokoli, lobak merah, jagung muda manis, bijirin, kekacang seperti badam atau gajus, biskut berserat dan roti.

*Selain mengambil nasi dan lauk pauk, anda boleh pelbagaikan makan tengah hari dengan membawa bekalan seperti sandwic menggunakan roti pita dan tortillas. Gunakan daun salad ditambah dengan hirisan ayam yang dibakar. Untuk mengelakkan tidak sempat menyediakan bekalan ini, anda boleh sediakan beberapa inti sandwic yang berbeza pada malam sebelumnya. Jadi, ia dapat menjimatkan masa anda di waktu pagi.

*Sup berkrim juga berkhasiat untuk dinikmati. Anda boleh sediakan sendiri atau guna sup tersedia dalam kotak atau botol. Bagaimanapun pastikan membaca label bagi mengelakkan sup yang banyak garam.

*Untuk mengenyangkan perut di waktu makan tengah hari, pilihan kentang juga bagus untuk membekalkan tenaga, vitamin C dan serat. Anda boleh memasak kentang bakar yang diisi dengan beberapa inti menarik seperti keju, daging ayam atau lembu cincang, kacang panggang dan sayuran.

*Salad tidak pernah gagal menjadi pilihan makanan paling berkhasiat tidak kira sama ada disediakan sendiri atau pun yang dibeli. Bagaimanapun pastikan bahan-bahan campuran dengan salad adalah yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang mencukupi.

Sekiranya anda keluar makan di luar elakkan daripada makan makanan segera kerana ia mengandungi banyak lemak dan rendah nutrien. Tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan sekali sekala. Ada cara untuk membuatkan makanan segera yang dipesan lebih sihat, misalnya jika memesan piza, pilihlah bahan lauk atas berasaskan sayur-sayuran dan bukan daging. Makan piza dengan salad  untuk mendapat pelbagai nutrien.

Anda perlu berhati-hati mengenai ramuan hidangan kerana kini sedang hamil. Jika makan ikan tuna atau stik daging lembu, pastikan ia cukup masak. Jangan makan makanan laut yang tidak dimasak atau sos dan pencuci mulut yang dibuat daripada telur mentah. Ia boleh menyebabkan ibu hamil terkena jangkitan bakteria.
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in