Set Kurus Budget Shaklee



ALFAFA + LECITHIN untuk ANDA!!

Ramai yang bertanya kenapa perlu ambil kedua-duanya skali!! ambil satu saja x boleh ka? adedeh. bukan tidak boleh. boleh, tapi kamu mahu hasil yang SUPERRBBBB dan bersesuaian dengan BUDGET kan? jadi untuk hasil yang SUPERRBBBB kena la ambil kedua-duanya. hehe!!

Aik.. kamu orang tanya kenapa?
Mari kita tengok kenapa dan macam mana ALFAFA + LECITHIN berfungsi?


Langkah PERTAMA : Memecahkan Lemak (BAKAR LEMAK)


Proses memecahkan LEMAK boleh dilakukan dgn mengambil LECITHIN atau OMEGA. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak....dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane.. Lecitin taidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Langkah KEDUA : Membersihkan Usus (DETOX) (BUANG)

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah HERB-LAX atau ALFALFA. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa, dan Herblax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. HERB-LAX tidak syorkan pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak.

*Langkah KETIGA : Membina Otot dgn PROTEIN

Bagi anda yg sedang dlm proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dlm setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada CINCH SHAKE atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).

Kenapa perlu mengambil protein? Apabila lemak diuraikan drpd badan, otot diperlukan utk menggantikan ruangan yg kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

*untuk kesan yang lebih optimum bolehlah anda tambah dengan Cinch/ESP :))

sempena promosi Alfalfa Complex ni boleh la grab banyak2.. superbbb jimat tau (^_^)v

Petua Tradisional Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalain.. Ibu2, momy2 yang baru lepas bersalin tu boleh la cuba.. temasuk mami leesya juga.. ngee (^_^)v


Pilihan 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin. 

Pilihan 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Pilihan 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Pilihan 4:
Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Pilihan 5:
Ambil lengkuas padi/helang/ ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Pilihan 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Pilihan 7:
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Pilihan 8:
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Pilihan 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

Pilihan 10:
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Pilihan 11: 
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

Pilihan 12:
Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.

Pilihan 13: 
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Pilihan 14: 
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Pilihan 15: 
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 16: 
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Pilihan 17: 
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya. 

Pilihan 18: 
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut. 


Pilihan 19: 

Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
  

Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

Jika berat anda lebih , maka saya cadangkan anda harus amalkan makanan yang saya sebutkan ini.

HUMIS DAN SAYUR-SAYURAN

Humus merupakan makanan dari timur tengah yang kena dengan lidah kita. Humis mampu menambahkan tenaga kerana ia mengandungi zat besi, dan capsicum kaya dengan vitamin C,yang mana ia mampu memaksimumkan penyerapan zat besi daripada humus. Ayam pita pula merupakan snek yang kaya dengan protein yang mampu mengawal rasa lapar dan menstabilkan paras gula dalam badan. Tukar french fries biasa dengan sayur merupakan idea yang baik.

SALSA

Makan salsa tanpa tortilla chips dan margarita merupakan makanan yang sangat rendah kalorinya. Anda boleh membuatnya sendiri atau membelinya daripada supermarket.

TELUR

Terdapat salah faham yang mengatakan bahawa makan putih telur sahaja adalah yang terbaik. Tapi makanlah seluruh nya kerana ia lebih sedap dan separuh daripada protein dijumpai di dalam kuning telur. Protein di dalam telur kuning merembeskan glucagon yng membantu dalam membanar lemak dan membakar lemak di perut. putih telur mengandungi vitamin E dan akan membuatkan anda kenyang lebih lama.

ALMOND

Butter kacang kaya dengan protein,almond pula penuh dengan vitamin E, antioksida yang mampu melawan radikal bebas. Bukan sahaja almond baik utk kulit dan rambut,tetapi ianya juga kaya dengan magnesium dan vitamin B2 yanh membantu melawan stress. Stress menyebabkan badan jadi naik kerana cortisol yang dikeluarkan boleh menambah berat badan. vitamin B2 di dalam almond mampu mengawal stress dan meningkatkan tenaga.

BIJI CHIA

Biji chia kaya dengan Asid lemak omega-3, kalsium dan zat besi. Biji chia merupakan makanan yang bagus untuk turunkan berat badan kerana ia bertindak sebagai span yang menyerap gula dan menstabilkan paras gula. Ini kerana ianya sangat kaya dengan fiber yang boleh menahan 20 kali ganda beratnya di dalam air. oleh itu,apabila ia dicampur dengan air ia mampu menyerap lembapan lebih. Tambahkan ia dalam makanan beroat anda atau campur di dalam susu almond anda,ia akan menyerap cecair dan gelatin sama seperti puding beras.

QUINOA

Bijirin yang bebas gelatin ini boleh disediakan banyak-banyak dan boleh disimpan di dalam peti ais sehingga 5 hari. Makanlah begitu sahaja atau atau dengan makanan lain seperti sayur atau salad. Quinoa merupakan sumber protein yang lengkap kerana ianya mengandungi asid amino dan vitamin anti stress iaitu vitamin B.

KEJU PARMESAN

makanan untuk turunkan berat badan
Nampak macam tak logik kan keju sebagai makanan untuk turunkan berat badan? Tapi sebenarnya ianya boleh diambil sedikit sebagai penyedap makanan berkhasiat seperti hirskan keju pada salad.

ROTI GANDUM

roti gandum untuk turunkan berat badan
Roti gandum mempunyai nutrien yang tinggi yang boleh membuatkan badan menyerap nutrien dengan lebih baik. Jadikanlah roti gandum sebagai sandwic dengan epal dan mentega almond untuk mendapatkan hidangan yang lazat.

SNEK

imgres-24
Bawa bersama anda snek yang rendah kalori seperti multi-grain cookies, dark chocolate, oat pisang dsb. Untuk snek yang lebih menyihatkan ,boleh bawa sekali bersama anda kepingan epal, anggur , apricot kering yang boleh menghilangkan rasa lapar anda.

YOGURT

Yogurt merupakan makanan yang paling popular untuk mengempiskan perut, ia kaya dengan pribiotik, bakteria baik yang boleh mengurangkan lemak dari dalam badan. Pilihlah yogurt Greek dan bukan yogurt biasa kerana ianya tanpa lemak dan hanya separuh saja garam daripada yogurt biasa.

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in