Buah Oren.. C Kuning-kuning Oren


kalau sebut ja pasal buah oren, mesti ramai yang cakap vitamin C kan ? tapi apa plak khasiat vitamin C untuk tubuh badan kita ? Memandangkan bulan ni bulan promosi SR VITA-V PLUS.. Jadi kita akan cerita & bagi artikel semua pasal vitamin C ni ya.. kan ? jom baca ape bestnya buah oren yang sinonim dengan vitamin C..


tiada siapa dapat nafikan khasiat buah oren yang rasanya masam dan mempunyai banyak khasiat dan kebaikan.. kalau kita semak balik keluarga buah oren yang lebih dikenali sebagai SITRUS, ada banyak jenis 'adik-beradik' buah oren ni antaranya lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut dan limau mendarin.. nah !! segala yang berkaitan dengan LIMAU adalah keluarga buah oren yang mengandungi khasiat yang sama..

minat makan segar atau lepas di-transform kan ? sudah tentu mo makan yang segarkan.. tapi zaman sekarang ni sudah makin maju, macam-macam mo digayakan.. ada tu diperah untuk dijadikan jus, bahan dalam masakan dan ada pula tu diparut untuk dijadikan perisa kek, kuih muih atau sebagai bahan perapan..


dan apa gaya dan cara sekali pun, vitamin C yang kita amalkan hari-hari secara semulajadi tu sangat baik untuk kulit.. part kecantikan tu paling syok nak tau kan ? kalau nak tau kehebatan buah-buahan yang memberi sumber vitamin C ni, boleh la cuba sendiri.. Jangan terkejut kalo dapat result yg superbb 

TAHUKAH KAMU ?

vitamin C membantu membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kuli, pembuluh darah dan tulang.. dan paling best.. vitamin C membantu proses penyembuhan luka dengan cepat.. 

KELEBIHAN LAIN ?
  • baik untuk kesihatan jantung
  • penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser
  • Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan
  • membantu mengawal tekanan darah
  • mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta
  • membantu perkembangan otak janin
oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa dan serat dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.. TAPI !! jangan terlebih makan sebab kandungan asid yang tinggi mampu menghakis permukaan luar gigi dan menjadikan gigi sensitif atau mudah ngilu..

nah !! bestkan vitamin C ni.. kalau mahu makan oren setiap hari, mami berani jamin tiada siapa mampu konsisten.. Betul tidak ? Oleh itu, teda la manfaat vitamin C dalam badan pada hari yang kita tidak makan buah sitrus tu.. Betul tidak ? Naa, sebab tu mami mo offer promosi bulan ni.. ngengenge

BELI 6 FREE 1
BELI 2 DENGAN DISKAUN 5 %

nak beli sebotol pun boleh.. harga ? pasti lebih jimat untuk pelanggan setia kakak !!


Snek Sihat Ibu Mengandung



Ibu mengandung memang gemar mengunyah. Tetapi pastikan makanan yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang sihat. Ada pelbagai jenis snek sihat yang boleh dikunyah sepanjang mengandung. Jangan sekali-kali makan snek tidak berkhasiat yang banyak kandungan bahan perisa.
Berikut beberapa idea snek sihat dan lazat mengikut trimester kehamilan.


TRIMESTER PERTAMA

Semasa trimester pertama, mungkin ada ibu yang langsung tidak lalu makan kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu iaitu makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ketika ini ibu hamil memerlukan lebih kalori dan folat.

Ambil makanan yang kaya dengan folat seperti membuat salad menggunakan daun bayam kecil, atau kukus asparagus yang dimakan dengan pencicah. Makan banyak buah oren. Anda juga boleh sentiasa menyimpan roti berserat tinggi supaya boleh makan bila-bila masa anda memerlukannya.

Selain dari itu ibu juga memerlukan vitamin A yang penting bagi perkembangan organ, sistem peredaran, pernafasan dan sistem saraf bayi. Dapatkan snek yang kaya dengan vitamin A dalam trimester pertama.

Telur dan keju adalah sumber yang baik selain vitamin A dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna oren yang mengandungi betakarotina. Campur potongan buah mangga, pic dan betik ke dalam bijirin anda. Anda juga boleh membuat minuman smoothies. Sup daripada lobak merah, labu air dan keledek juga sangat berkhasiat.


TRIMESTER KEDUA

Ketika ini ibu perlu lebih fokus mendapatkan kalsium yang cukup kerana gigi dan tulang bayi mula terbentuk. Kalsium dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Produk tenusu membekalkan banyak kalsium yang mudah diserap oleh badan. Yogurt adalah snek yang mudah.
Sekiranya tidak boleh mengambil produk tenusu, boleh beralih pada produk soya yang diperkaya dengan kalsium. Buah tin kering dan badam juga mengandungi kalsium. Ia boleh dibawa ke mana-mana.
Satu lagi snek yang baik untuk bakal ibu ketika trimester ini adalah sardin dengan roti bakar. Sardin membekalkan kalsium, zat besi dan asid lemak omega 3. Asid lemak ini penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.
Satu lagi mineral penting bagi tulang ialah magnesium. Makanlah snek yang kaya dengan magnesium seperti segelas susu, sebiji kentang bakar atau segenggam biji-bijian.


TRIMESTER KETIGA

Memasuki trimester akhir kehamilan bermakna ibu memerlukan lebih banyak tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori sahaja. Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato atau semangkuk sup cendawan dan buah oren mandarin sangat berkhasiat.

Vitamin C memainkan peranan dalam memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan. Buah strawberi dan kiwi kaya dengan vitamin C. Ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibuat smoothie yang enak atau salad buah-buahan.

Vitamin C dalam sayur-sayuran boleh terhapus sekiranya dimasak terlalu lama. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala hanya perlu distim seketika dan enak dimakan dengan sos salad.

Sementara itu tingkatkan pengambilan vitamin B dengan mengambil bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan serat tetapi pilih yang rendah kandungan gula. Keperluan thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu ibu mengeluarkan tenaga daripada makanan.

Kekacang, beras perang, sayur-sayuran hijau adalah sumber thiamin yang baik. Sediakan snek mudah diperbuat daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang yang dapat membekalkan khasiat yang diperlukan.

Bengkel Nutrisi Shaklee - Rugi Sapa Tidak Join

As'salamualaikum.. Selamat Petang Semua ðŸ˜‰

Ahad kelmarin mami join Bengkel Nutrisi Shaklee yang dianjurkan di Kota Kinabalu, bertempat di Palace Hotel.  Sebelum mami cerita panjang2, mami mo say terima kasih banyak2 pada husband mami sebab tolong jaga anak2, walaupun anak2 xberapa sihat.. lagi2 Aldeeyan..

Bengkel Nutrisi ni anjuran Shaklee untuk semua ahli berdaftar. Siapa SID, automatik dia layak untuk sertai bengkel ni. Dengan bayaran cuma RM40, dapat sedut ilmu nutrisi dari pukul 10 hingga pukul 6. Lunch provided ok. Nampak tidak? Bayaran RM40 tu macam bayaran untuk buffet lunch hotel tu ja. Segala ilmu tentang nutrisi tu Shaklee sediakan percuma untuk ahli berdaftar. Best kan? Penceramah pulak merupakan pakar nutrisi, kira memang makanan dia oranglah sembang pasal makanan tambahan, makanan sihat dan keperluan mengambil vitamin ni.
Apa kelebihan SID yang join bengkel nutrisi ni?
Dapat banyakkkkk ilmu. (lagi2 mami ni la yg baru proses mo belajar). Perkara yang kita tak tahu tentang vitamin semua kita boleh dapat dari bengkel ni. Memang berbaloi tau. Bagi yang mahu aktif berbisnes, rasa lebih yakin sebab kita dah dengar sendiri dari pakar. Yang jadi ahli untuk makan sendiri pulak dapat mendalami keperluan nutrisi badan. Dapat sijil tau ðŸ˜‰ tapi sijil mami belum dapat sebab kes2 tertentu (pd hal mami lmbt register) heheh.. Nti sdah dapat mami upload jg tu mo kasi tgk2 kamu 😉
Bengkel pun bukanlah bosan. Banyak video, ada kuiz, dan teka teki. So tidak lah semua pakat bosan dengar ceramah sampai rasa mo tetidur kan? Hehe. Tapi tidak jg boleh tidur sebab Shaklee ada sediakan Performance Drink dengan Meal Shake untuk kesegaran dan tenaga berpanjangan sepanjang bengkel ni. Ikutlah mo minum berapa kali kan.. Mami brapa kali tambah pun tdk igt sdah.. heheh.. Cinch tea pun ada, dapat percuma gitu

Di akhir slot, ada plak game tentang semua vitamin shaklee. Best sebab dia mcm refresh balik apa yg kita belajar. Rugi pulak tidak jadi wakil group..ngeee sebab siapa jadi wakil dapat souvenir. Tapi apapun semua dapat hadiah jgk.. tu paling best.. sapa mo bg vitamin free kan.. ngeee.. lupa plak.. mami dapat Zinc Complex. Best kan ðŸ˜‰
Nak sertai bengkel nutrisi? Mari join jadi ahli shaklee :-) dengan mami.. Bengkel Nutrisi yang super best ni ekslusif untuk ahli berdaftar sahaja tau.. 
Hubungi mami untuk pertanyaan tentang nak jadi ahli / produk. 
Shella | 012-8368256
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in