Kebaikan Meal Shakes Buat Anak Anda

Siapa di sini yang anak2 kurang selera bila bab makan nasi. Silap2 kena berkejar satu rumah pula semata2 mahu habiskan sepinggan nasi. Sebagai ibubapa, kita memang mengharapkan anak2 sentiasa selera makan supaya membesar dengan sihat.

Bila anak2 mula tunjukkan kurang minat terhadap makanan, kita mula risau, apa yang perlu kita buat? Jangan risau ibubapa, in Shaa Allah Meal Shake Shaklee dapat membantu.
 
Apa masalah yang timbul sekiranya kurang selera makan bagi kanak-kanak dan orang dewasa??
 
KANAK-KANAK
  1. Pembesaran terbantut
  2. Kurang aktif dan cergas seperti kanak-kanak lain
  3. keciciran didalam kelas
  4. lambat belajar
  5. Perkembangan minda terbantut
ORANG DEWASA
  1. Badan letih tidak bermaya
  2. Ketidaksuburan. Susah dapat anak kerana kekurangan zat
  3. Badan yang terlalu kurus
  4. Mudah diserang penyakit

Apakah Meal Shakes Shaklee?
 
Meal Shake Shaklee adalah makanan tambahan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic (kandungan glukosa). Rasanya juga enak dan saya yakin anak2 pasti suka. Diperbuat dari soya yang mengandungi 19 vitamin dan juga mineral tambahan yang mana diperlukan oleh anak2 untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Seperti produk2 Shaklee yang lain, Meal Shake Shaklee juga TIDAK ADA pewarna tiruan, perasa tiruan dan pemanis tiruan.

Selain dari anak2, ibubapa juga boleh tumpang minum Meal Shake Shaklee kerana ia sesuai untuk alas perut di pagi hari dan menjadi kudapan di waktu petang. Selain dari ESP Shaklee. Kadang2, bajet kita telah pergi ke Meal Shake Shaklee dan tiada bajet tambahan untuk membeli ESP Shaklee yang mana lebih sesuai. Tapi tiada masalah, Meal Shake Shaklee adalah produk yang boleh dinikmati oleh semua. Jadi sambil bancuh untuk anak2, ibubapa pun boleh tumpang minum sekali. Bagaimana cara bancuh meal shake?? Mudah saja ;)
 
 Sebelum tu, mami leesya nak review sedikit pasal Meal Shakes ni :-
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak 
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • boleh menjadi instant sahur meal/breakfast sekeluarga 
  • rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • meningkatkan selera makan anak
  • jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan suplemen berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak 
  • untuk kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)
Cara Pengambilan Meal Shakes Shaklee :-

Boleh dibancuh dengan semua minuman kegemaran anak anda seperti jus buah-buahan, air bercoklat dan susu. TAPI.... jangan sesekali campurkan dengan Air Panas, Air Berkarbonat/ bergas, minuman berkafein seeprti kopi dan teh

KENAPA?? Sebab ia akan merosakan kandungan zat didalamnya..

Cara Sukatan Meal shakes Shaklee :-
  1. Dewasa : 2 sudu besar Meal Shakes boleh campur dengan minuman lain. 
  2. Kanak-kanak (1-6 tahun) : 1 sudu besar Meal Shakes boleh campur dalam susu atau minuman lain.
Cara Bancuhan :-
  1. Bancuh dengan air biasa/jus/milo/campur dalam susu formula anak
  2. tidak perlu air panas dikhuatiri akan merosakkan vitamin di dalamnya.  

Kebaikan Ostematrix Kepada Ibu Hamil

Assalamualaikum...
Wanita dan kalsium memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi wanita mengandung & menyusu, atau pernah mengandung dan menyusu. Kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko jika kekurangan kalsium. Terdapat satu artikel yang sangat berguna tentang risiko-risiko ini.

Kebaikan Kalsium serta Risiko Kekurangan Kalsium buat Ibu Mengandung
  • Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
  • Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.  Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
  • Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
  • Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.
  • Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
 
Setelah bertemu dengan Shaklee, saya sangat jatuh hati dengan Ostematrix! Ia bukan sekadar pil kalsium biasa. Sebelum kenal dengan Ostematrix, saya sering memandang sinis pengambilan pil kalsium. Ini kerana terdapat artikel yang mengatakan kalsium dalam bentuk pil tidak diserap dengan baik oleh tubuh, seterusnya mengakibatkan penyakit batu karang. Walaubagaimanapun, kini saya dapati pendapat ini KURANG TEPAT. Kerana penyerapan kalsium yang optimum boleh berlaku jika dilengkapi dengan magnesium serta vitamin D!! Dan inilah yang terdapat dalam Ostematrix!

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Sekiranya anda wanita dan masih memandang remeh keperluan kalsium tubuh anda, inilah masanya anda mengambil langkah bijak untuk mencegah! Hindari osteoporosis!

Kebaikan dan Khasiat Kurma, Badam buat Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Hari ni saya cuma nak fokus pada dua makanan berkhasiat yang sangat bagus diamalkan oleh ibu mengandung.. Iaitu kurma dan badam!  ( Sumber: MamaBusyra)

Khasiat Kurma

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Adalah amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Kacang Badam / Almond
Nak tahu salah satu rahsia kebijaksanaan orang Yahudi? Kebanyakkan ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi.
Haa... macam mana nak dapatkan khasiat kedua-dua makanan ini dengan mudah?? Bagi saya mudah aje!!
  • Kacang Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan mempunyai 20kali lebih protein daripada bijirin yang lain.
  • Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
  • Kacang badam mempunyai kandungan folate yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.
CHOCODATE!!



Chocodate ni adalah kurma yang berintikan kacang badam dan bersalut coklat. Sedapppp dan berkhasiat!!

Memang sesuai dijadikan kudapan, especially untuk ibu mengandung yang cepat laparrrr.. hihih
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in