ANTIOKSIDAN
Sebab : Antioksidan (seperti Vitamin A, C dan E) membantu menyingkirkan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan sel sihat dalam tubuh anak anda
Sumber : Betik, lobak merah, tomato, beri, sayuran, kekacang dan legum
AIR
Sebab : Air diperlukan untuk kekal hidrat bagi menghalang kelesuan dan mengekalkan suhu badan serta melicinkan sendi tubuh anak anda.
BIJIRIN PENUH
Sebab : Bijirin penuh karbohidrat kompleks mengandungi serat, folat dan vitamin B yang memberi tenaga tambahan kepada anak anda.
Sumber : Bijirin oat steel-cut, bijiran sarapan dan roti perang
PROTIEN
Sebab : Protein membina, mengantikan dan mengekalkan tisu dalam tubuh anak anda dan mengekalkan kekuatan mereka. Semakin aktif anak anda, semakin banyak protein yang diperlukan unutk membina ototnya.
Sumber : Daging merah, telur, makanan laut, kacang dhal, dada ayam dan kacang soya.
ZAT BESI
Sebab : Makanan kaya dengan zat besi adalah penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.
Sumber : Daging merah, hati, bayam, kekacang, buah-buahan kering, bijirin diperkuat dan bijirin penuh.
KALSIUM
Sebab : Kalsium amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia menguatkan tulang dan membantu mereka kekal aktif.
Sumber : Susu, yogurt, keju dan ikan salmon











Tiada ulasan:
Catat Ulasan