Perhatian Kepada Ibu Hamil.. Tidak Semua Supplement Shaklee Sesuai Untuk Anda

As'salamualaikum w.t.b dan Selamat Petang mommy2 sekalian..

Hari ni ok ke, baby dalam tu ok.. Bagi mommy2 yang ambil Shaklee mesti sentiasa ok kan.. Kan Shaklee the best.. heheh..

Petang ni mami leesya nak kongsikan beberapa vitamin shaklee yang mommy2 tengah pregy tu tidak boleh ambil.. kenapa?? Ni mami leesya mahu bagi tahu lah ni.. Baca sampai abis yer :)

Antara Suplement Shaklee yang mommy2 tidak boleh ambil adalah seperti dibawah ni :
  • Alfalfa Complex
  • GLA Complex
  • Vita E
  • Herba-Laz
  • Carotomox
  • Cinch (Chinch Tea/ Vanila/ Shake)
  • Garlic Complex
  • Collagen Powder
  • DTX Complex
  • Vivix

Kenapa mommy2 sekalian tidak boleh ambil kesemua suplement tersebut :
  • Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vita E, Vivix, GLA dan Carotomax tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. 
  • Cinch tidak digalakkan ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi anda
  • Begitu juga dengan Alfalfa Complex yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. 
  • Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.
Vitamin yang sesuai untuk ibu hamil adalah:-

Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan. Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda mencuba Set Ibu Hamil Shaklee.

Apa yang terkandung dalam Set Ibu Hamil Shaklee?


Set Ibu Hamil Trimester 1
  • B-Complex (dengan asid folik) 
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C (Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil) 
  • Ostematrix (Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
 
Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3
  • B-Complex (dengan asid folik) 
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C (Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
  • Ostematrix (Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
  • Omega Guard (Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA)
Mommy2 sekalian boleh juga add On ENERGIZING SOY PROTEIN
 
ESP (Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan)

Anda adalah apa yang anda makan..begitu juga dengan anak anda..Jika anda telah mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi anda ketika hamil, itu adalah lebih baik. Set ini hanya membantu anda melengkapkan pengambilan nutrisi anda ketika hamil..Namanya pun makanan tambahan, kan..

Semoga anda mendapat yang terbaik sepanjang kehamilan anda..

GLA Complex Untuk Lelaki


Ramai beranggapan GLA shaklee hanya untuk wanita. Silap silap silap. In fact, GLA baik untuk lelaki,  warga emasa dan kanak-kanak. GLA shaklee bersumberkan minyak birage yang berkualiti tinggi. Ianya sumber terbaik berbanding bunga evening primrose dan minyak blackcurrent.

GLA sebenarnya dihasilkan oleh tubuh manusia secara semulajadi.Ianya sejenis fat yang membuatkan kulit, kuku dan rambut menjadi lebih lembap, bersinar dan sihat. Golongan lelaki yang mengamalkan GLA setiap hari dapat mengelakkan terjadinya kanser prostat, mengurangkan  risiko diabetes, antioksida yang baik untuk detoks toksin dari tubuh (contohnya akibat tabiat merokok, minuman keras, radiasi) dan menambahkan level kacak lelaki.

Level kacak bertambah? Yelah...jerawat kecut, kulit dengan tona sekata, kulit lebih mulus dan muda. Kalau kulit bertompok-tompok akibat eczema pun memang sesuai sangat amal GLA.Kawan admin dari sekolah cina dulu amalkan makan GLA. Kulit beliau lebih halus dan cerah. Memang untuk golongan lelaki yang malas minum collagen ni, GLA adalah pilihan terbaik. Tak banyak, disiplin makan 1 jenis suplemen jer. GLA Shaklee yang satu ni.

Oh ya, jangan lupa ambil gambar sebelum dan selepas makan GLA. Sebab kita yang tengok muka sendiri ni tak kan perasaan level kacak dah up up up.Kesannya boleh dilihat 6-8 minggu atau lebih awal. 
 JOM TENGOK KHASIAT GLA

Herba Tradisi Yang Dipercayai 
  • Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia di gunakan untuk merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina 

Mengawal Selia Testosteron 
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki 
Memperbaiki Prostatomegaly 
  • GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
Menentang Kanser
  • GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
Inflamasi Kulit 
  • Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi darirheumatisma dan artritis
Untuk Penghidap Diabetes 
  • Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi
Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan 
  • Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.
Tekanan Darah Tinggi 
  • Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung
Memperbaiki Tekstur Rambut 
  • Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

Meal Shakes Shaklee Suplemen Tambahan Bagi kanak-kanak


Mealshake memang popular sebagai suplemen tambahan bagi kanak-kanak kerana ianya mudah disediakan, mudah dan sedap diambil oleh mereka. Mcm yg kita tau.. kanak-kanak ni mmg agak payah kalau nak telan tablet, jadi Mealshake adalah cara paling mudah untuk bekalkan nutrisi lengkap buat mereka.

Jom kita lihat adakah anak anda mengalami masalah2 dibawah?
1- Tiada selera makan.
2- Memilih makanan-nak makan fast food aje
3- Selalu demam dan selesema terutama yang tinggal di nursery
4- Badan mudah ruam
5- Suka minum minuman ringan

Dah ramai ibu-ibu berpuas hati..anda bila lagi?
Jom dapatkan hari ini sempena promosi mealshake buy 3 free 1, rugi x dptkan time ni 

JEMPUT BACA TESTIMONI DARI MEREKA YANG DAH CUBA MEAL SHAKES



Betul Ke Meal Shakes Merbahaya??


Isu Mealshake Shaklee yang dikatakan merbahaya kepada kanak-kanak sering sahaja dibangkitkan. Kepada yang mempersoalkan isu selamat atau tidak  Mealshake ini untuk kanak2, untuk pengetahuan anda Mealshake ini sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak2 walaupun sebenarnya ia boleh di amalkan oleh orang dewasa.

Bagi yang masih belum kenal, Mealshake ini juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang mengandungi:
  • 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat.
  • merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan badan.
Jadi kenapa ada yang mengatakan mealshake tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Mealshake Shaklee ada maltodextrin

Isu utama yang dikatakan adalah Mealshake Shaklee mengandungi maltodextrin di dalamnya. Sebelum menuduh Mealshake ini tidak selamat sebaiknya kenalah cek dan tengok dulu apa itu maltodextrin?

Maltodextrin adalah bahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickneker" atau "filler". Hakikatnya, maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang , barli dan gandum. Jadi maltodextrin bukanlah bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan "glukos" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai  indexs glisemik yang tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan mengandungi indeks glisemik yang tinggi maltodextrin akan cepat diserap oleh badan dan ditukarkan menjadi "glucose" di mana jika tidak digunakan oleh sel  badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukkan maltodextrin, makanya jika nak ambil makanan yang mengandungi maltodextrin yang tinggi ambillah selepas anda bersenam kerana ketika itu tubuh badan anda memerlukan gula atau "glukose" dengan cepat dan maltodextrin boleh bekalkan kepada badan anda.

Untuk info mengenai maltodextrin  anda boleh jenguk link ini- WHAT IS MALTODEXTRIN dan IS MALTODEXTRIN BAD FOR YOU?


Isu 2 : Kandungan gula ("sugar") dalam Mealshake Shaklee:
Isu kedua yang hangat diperkatakan adalah soal "sugar"  dalam Mealshake ini. Ia menjadi isu kerana di pelekat "ingredient" pada Mealshake, tertulis untuk servings per 100 g, Mealshake membekalkan 47.1 g  "sugar" yang mana ia adalah agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya, ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100 g Mealshake Shaklee setiap hari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sudah tertulis serving size yang dicadangkan hanyalah 34 g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula. Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100 g sehari pun. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu persamaan 1/4 cup. Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita tidak ikut panduan makan yang betul?

Isu 3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah umur 4 tahun atau 6 tahun?
Jika di tanya kebanyakkan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia setahun ke atas. Jadi isu ke 3 yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan yang Mealshake ini selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu, serving size 34g yang dicadangkan Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang. 

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun jika mahu diberikan Mealshake Shaklee kita ada panduan  pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Nak tahu cara pengambilannya? Sila hubungi pengedar shaklee anda. Jika anda customer saya, sudah pasti saya akan berikan maklumat tersebut pada anda ;-).

Apapun, pada saya itu semua bergantung pada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee untuk kesihatan harian anak anda.

Jadi harapnya terjawablah isu Mealshake tidak selamat ini. Pada saya terpulang pada ibu itu sendiri. Kita yang menentukan baik atau buruk untuk anak-anak kita. Bagi saya sendiri,  memang saya amalkan Mealshake ini untuk anak-anak saya. Apalah sangat sedikit sukatan Mealshake ini berbanding dengan makanan segera yang ada di luar sana yang lebih buruk kesannya kepada kesihatan anak-anak. Kadang-kadang ada ibubapa yang terlebih concern dengan isu-isu macam ni tapi sedar tak sedar, bagi anak makan macam-macam yang lebih tak elok drp Mealshake ni. :p

Tapi, yang bestnya tu.. dalam pada ada yang melalut mengatakan Mealshake tidak selamat untuk kanak2 tapi tetap juga Mealshake ni habis stok. :p. Bulan ni promo Mealshake ya.. kalau berminat, boleh mesej saya. :)

Naikan Selera Anak Anda Dengan Meal Shakes Shaklee


Inilah situasi yang mana akan buat ibu bapa risau tentang selera makan anak. Apakah tanda-tanda anak anda seorang picky eater atau cerewet makan??
  1. Bila anak hanya makan satu/dua jenis makanan atau kumpulan makanan tertentu sahaja.
  2. Bila dia menolak smeua makanan berwarna hijau dan apa2 yang kelihatan mcm sayur-sayuran.
  3. Bila dia hanya mengambil makanan berperisa manis atau masin sahaja
  4. Bila si anak mudah terganggu dan lebih berminat untuk bermain dari makan. 
Jika ciri2 di atas ada pada anak anda, itu lah tandanya dia seorang picky eater. Dan ibu bapa patut risau bila keadaan ini berlaku kerana jika dibiarkan lama kelamaan anak2 akan mendapat kurang nutrisi dalam diet harian mereka. Perlu diingatkan bahawa nutrisi yang cukup perlu bg anak2 yang sedang membesar kerana ia penting utk tumbesaran fizikal dan mental yang sihat.

Bagi seorang anak yang dalam proses pembesaran, mereka amat memerlukan cukup zat makanan. Mealshake SHAKLEE adalah salah satu pemkanan tambahan yang mengandungi kesemua vitmain dna mineral serta protien termasuk vitamin B dan zink lengkap yang menjana selera makan kanak-kanak.


Kekurangan nutrisi menyebabkan mereka kurang selera makan. Hal ini akan berlaku apabila tiba fasa di mana anak2 yang masih enggan makan dan perkara ini berlarutan sehingga menjadi lebih kronik kerana kekurangan zat makanan. Antara vitamin2 yang menyebabkan selera makan kurang bila diambil dengan kadar yang tidka mencukupi adalah vitmain b, fosforus, zat besi dan zink. Kurangnya vitamin tersebut menjadinya anak semakin tidak selera untuk makan. Kekurangannya juga akan menyebabkan prestasi anak merosot dan emosi yang tidak stabil. 

Dengan pengambilan Meal Shakes, insya-Allah akan membantu untuk mengatasi masalah hilang selera makan akibat kekurangan nutrisi tadi. Ini kerana Mealshakes mengandungi vitamin dan mineral serta protein yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak. Malah ada juga ibu yang claim anak mereka lebih fokus apabila mengambil mealshake dan parut2 akibat jatuh dan digigit serangga semakin pudar

JOM TENGOK TESTIMONI2 BAWAH NI 




 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in