Keistimewaan Bio Ever Plus - Age Reversing Cream


Produk baru yang dipasarkan oleh sahajidah Hai-O Marketing: Bio Ever Plus - Age Reversing Cream. Bio Ever Plus dipertingkatkan dengan Japanese Long Life Grass.


Apa yang uniknya dengan Japanese Long Life Grass ni?
Mengikut kajian tumbuhan ini boleh memanjangkan umur (mengikut kepercayaan orang jepun) dan secara logiknya ia boleh meningkatkan kesihatan.

Terbaru Bio Ever Plus - Age Reversing Cream


Bio Ever Plus - Age Reversing Cream dirumus khas dengan ekstrak tumbuhan semulajadi iaitu kacang soya (Glycine soja), pegaga (Centella asiatica)wild yam (Dioscorea Villosa) danJapanese Long Life Grass (Chou-mei-sou). Bio Ever Plus menyelaras dan menyeimbangkan hormon, mengembalikan keremajaan dan kesihatan secara semulajadi. 



Krim ini juga diperkaya dengan Vitamin B3Vitamin Eekstrak pokok Brazilian Candeia dan kolagen larut untuk memberikan pengalaman anti-penuaan yang unik dan menyeluiruh. 

Jom kita lihat apa kebaikan setiap bahan dalam Bio Ever Plus ni. 


KACANG SOYA LIAR (GLYCINE SOJA)

  • Komponen aktif, Isoflavones boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip aktiviti estrogen
  • Menggalakkan sinltesis elastin dan kolagen
  • Menggalakkan pencerahan dan pelembapan kulit
  • Kaya Vitamin E (antioksida)

JAPANESE LONG LIFE GRASS (CHOU-MEI-SOU)

  • Pertama di pasaran - (CHOU-MEI-SOU dalam formula topikal)
  • Tumbuh subur di Yonaguni, Okinawa
  • Persekitaran istimewa - terdedah kepada bayu laut semulajadi dan cahaya matahari yang terik
  • Kaya dengan khasiat terutamanya rutin, asid klorogenik dan polifenol
  • Amalan tradisi penduduk Okinawa untuk makan CHOU-MEI-SOU. Penduduk Okinawa mempunyai hayat antara yang paling panjang di dunia.

PEGAGA (CANTELLA ASIATICA)

  • Digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kulit dan luka
  • Menggalakkan penghasilan Kolagen


WILD YAM (DISCOREA VILLAS)

  • Komponen aktif, Diosgenin bleh bertukar menjadi phytohormon dengan keaktifan progesteron
  • Menyeimbang hormon, melegakan masalah wanita seperti period pain, perubahan mood, dan ketidakselesaan akibat haid

EKSTRAK POKOK CANDEIA BRAZIL

  • Pemutih kulit yang berkesan, selamat dan semulajadi
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Terbukti tidak merengsakan kulit

VITAMIN B3

  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Menjadikan kulit lembut
  • Mengecilkan pori pada wajah

VITAMIN E

  • Antioksida yang kuat
  • Menggalakkan penyembuhan luka
  • Melembabkan kulit
  • Melegakan dan Anti Radang



    Fungsi utama Bio Ever Plus

    1. Menyihatkan tubuh badan
    2. Melanjutkan keremajaan
    3. Melancarkan sistem peredaran darah
    4. Membantu proses detoksifikasi
    5. Membantu melegakan masalah badan dan kulit yang timbul akibat hormon yang           tidak seimbang
    6. Membentuk susuk badan yang seksi dan menawan

    Kaedah Sapuan Bio Ever Plus

    Urut dalam gerakan berpusing (lawan jam/ anti-clockwise) sehingga diserap sepenuhnya pada bahagian berikut: 

    Boleh juga sapu Bio Ever Plus ni pada tempat2 berikut;

    • pergelangan tangan
    • bahagian pelipat siku
    • belakang telinga
    • bawah rahang gigi
    • batas pinggang
    • bawah perut (bawah ari-ari)
    • celah kelangkang peha 




    Bio Ever Plus ni sangatlah ajaib sehinggakan digelar susuk moden sebab boleh menegangkan yang mana kendur. 




    FAQ


    Mengapakah kesan Bio Ever Plus lebih baik daripada ubat-ubatan lain sedangkan ia hanya disapu pada kulit? Adakah ia ubat?

    • Bio Ever Plus bukan ubat dan ia tidak mengandungi sebarang unsur ubat-ubatan. Ia menggunakan teknologi penyerapan di mana aloe vera digunakan untuk melembutkan keratin dan membuka liang-liang roma. 

    • Minyak kacang soya iaitu liposom yang mengandungi unsur-unsur diosgenin akan dihantar ke bahagian kulit diikuti dengan kitaran mikrovaskular yang akan menyelaraskan fungsi-fungsi badan. Maka, penggunaan Bio Ever Plus membawa kesan yang lebih baik di mana cara penggunaannya adalah berbeza dengan ubat-ubatan lain.


    Adakah Bio Ever Plus merupakan ubat?

    • Tidak. Kandungan utama Bio Ever Plus ialah kacang soya dan wild yam (Dioscorea Villosa) serta Vitamin E, pegaga (Centella Asiatica) dan aloe vera di mana kesemuanya terdiri daripada komponen makanan. 

    • Dioscorea Villosa ialah herba tradisional bergred tinggi yang boleh diaplikasi secara luaran. Bio Ever Plus yang dihasilkan dengan menggunakan rumusan aktif melalui teknologi tinggi ini memudahkan penggunaannya. Selain itu, ia merupakan produk penjagaan kulit yang dapat menyelaraskan fungsi fisiologi badan, namun ia bukanlah ubat.



    Adakah Bio~Ever Nano Cream harus digunakan secara berterusan? Sekiranya penggunaan dihentikan, adakah ia akan mengakibatkan keadaan kulit dan fungsi badan menjadi lebih teruk?

    • Bio Ever Plus kaya dengan hormon semula jadi yang bersifat tumbuh-tumbuhan. Bagi mereka yang mengalami masalah ketidak seimbangan hormon, proses penuaan akan berlaku dengan cepat. 

    • Penggunaan Bio Ever Plus dapat membantu menyelaraskan sistem endokrin badan, mencegah dan melambatkan proses penuaan. Penuaan merupakan satu proses yang berlaku bersama-sama dengan usia kita. 

    • Berikutan dengan peningkatan usia, proses penuaan berlaku dengan lebih cepat menyebabkan fungsi badan semakin lemah. Oleh itu, penggunaan Bio Ever Plus secara berterusan dapat memulihkan fungsi badan secara perlahan-lahan dan memelihara badan supaya berada dalam keadaan yang paling optimal.



    Adakah penggunaan Bio Ever Plus akan menyebabkan badan terlalu bergantung kepada produk?

    • Tidak. Bio Ever Plus tidak akan menggantikan fungsi dalam sistem endokrin dan organ-organ badan. Ia menjaga keseimbangan kelenjar endokrin, membenarkan kelenjar dan organ badan mempunyai hormon yang mencukupi dan seterusnya memulihkan kesihatan badan seseorang. 

    • Fungsi Bio Ever Plus ialah menjaga kesihatan organ-organ badan, maka ia tidak akan menyebabkan masalah kebergantungan terhadap produk.


    Bolehkah Bio Ever Plus digunakan semasa kedatangan haid?

    • Boleh. Digalakkan untuk teruskan penggunaannya walaupun berlakunya ketidakselesaan. Bio Ever Plus juga sesuai digunakan oleh kaum wanita yang telah mengalami menopaus.


    Adakah penggunaan Bio Ever Plus akan mengakibatkan haid datang awal atau tertunda?

    • Progesteron yang semula jadi akan menyelaras keadaan fisiologi badan kembali kepada normal. Dalam penyelarasan hormon pada peringkat awal, masa kedatangan haid mungkin akan mengalami perubahan disebabkan oleh keseimbangan hormon bagi setiap individu adalah berbeza, namun ia akan kembali normal selepas itu.


    Adakah ibu yang sedang menyusu sesuai menggunakan Bio Ever Plus?

    • Para ibu yang sedang menyusu tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever Nano Cream kerana Dioscorea Villosa akan terus diserap oleh bayi melalui susu ibu. Ini akan menyebabkan gangguan dalam sistem pencernaan kerana sistem pencernaan bayi masih belum sempurna.


    Sekiranya wujud masalah seperti gatal, kemerahan, sakit kepala, kentut, lecet dan lain-lain simptom yang tidak menyenangkan, adakah ia alergi atau kesan sampingan?

    • Segala simptom-simptom yang timbul selepas penggunaan Bio Ever Plus bukanlah alergi ataupun kesan sampingan. Ia merupakan reaksi yang timbul semasa proses detoksifikasi badan manusia dijalanka

    • Gunakannya secara berterusan. Segala simptom yang tidak menyenangkan akan hilang selepas proses penyelarasan badan dijalankan (berdasarkan fizikal seseorang, kira-kira 7 hari – satu bulan).

    Bolehkah Bio Ever Plus digunakan oleh kaum lelaki?


    • Boleh. Dioscorea Villosa dalam Bio Ever Plus merupakan ubat tradisional bergred tinggi yang sesuai digunakan oleh kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Ia dapat ditukar kepada hormon lelaki iaitu testosteron. Dioscorea Villosa bukan sahaja dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan testis malah dapat meningkatkan fungsi fisiologi badan, membolehkan kaum lelaki mempunyai badan yang lebih kuat.





    TESTIMONI 




    Tiada ulasan:

     
    Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in