Assalamualaikum...
Hari ni saya cuma nak fokus pada dua makanan berkhasiat yang sangat bagus diamalkan oleh ibu mengandung.. Iaitu kurma dan badam! ( Sumber: MamaBusyra)
Khasiat Kurma
Hari ni saya cuma nak fokus pada dua makanan berkhasiat yang sangat bagus diamalkan oleh ibu mengandung.. Iaitu kurma dan badam! ( Sumber: MamaBusyra)
Khasiat Kurma
Sabda Rasulullah SAW: “Berilah
makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya
wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan
itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya.”
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin.
Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu
Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau
dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis
buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium,
vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan
Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia
perubatan tradisional.
Dari segi
saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik,
dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat
makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi
sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas
luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas
itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih
secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Adalah
amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma
semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi
dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Kurma
dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang
banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang
menyebut tentang kurma.
Kacang Badam / Almond
Haa... macam mana nak dapatkan khasiat kedua-dua makanan ini dengan mudah?? Bagi saya mudah aje!!
- Kacang Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan mempunyai 20kali lebih protein daripada bijirin yang lain.
- Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
- Kacang badam mempunyai kandungan folate yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.
CHOCODATE!!
Chocodate ni adalah kurma yang berintikan kacang badam dan bersalut coklat. Sedapppp dan berkhasiat!!
Memang sesuai dijadikan kudapan, especially untuk ibu mengandung yang cepat laparrrr.. hihih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan