Makanan yang tidak digalakkan untuk ibu hamil

Kafein
★ Kafein adalah ubat stimulasi yang dikaitkan dengan keguguran dan berat badan bayi yang kurang semasa lahir. Selain itu, ia adalah sejenis diuretik yang boleh menyebabkan wanita mengandung mengalami dehidrasi kerana terlampau kerap m'buang air kecil.



Daging, telur dn tenusu mentah
★ Makanan mentah m'dedahkan kita kepada bakteris seperti listeria, salmonella atau E-Coli. Telur separuh masak, telur mentah dalam makanan, keju daripada susu yang tidak dipasteur serta sushi boleh menyebabkan komplikasi seperti keguguran atau mengancam kesihatan bayi baru lahir.

Alkohol
★ Adalah sejenis ubat, depresan yang m'lambatkan tindakan sistem saraf tunjang. Sindrom Alkohol Fetus (FAS) ialah beberapa kecacatan semasa lahir pada bayi yang b'punca daripada pengambilan alkohol oleh ibu, selain berat badan yang kurang semasa lahir, terencat akal, saiz bayi kecil dan pelbagai masalah pembelajaran dan emosi.



Ikan yg tinggi kandungan merkuri
★ Lautan yang tercemar menjejaskan kualiti hidupan laut yg menjadi makanan. Biasanya ikan pemangsa yang besar mempunyai kandungan merkuri yang lebih tinggi kerana ia memakan ikan kecil lain yang dicemari merkuri dan hidup lebih lama. Hadkan pemakanan ikan anda kepada 12 auns seminggu atau anda boleh memilih untuk memakan udang, ketam, salmon, ikan bilis atau keli. Pastikan makanan laut dimasak sepenuhnya bagi mengelakkan masalah keracunan..

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in