10 TANDA ANAK HIDAP KEMURUNGAN


KEMURUNGAN adalah salah satu gangguan psikologi dan psikiatri yang paling kerap dialami seseorang. Paling menggusarkan apabila gangguan itu boleh meninggalkan kesan terhadap perasaan, kehidupan, emosi dan tingkah laku seseorang.

TANDA-TANDA KEMURUNGAN ADALAH SEPERTI :-
  1. Kanak-kanak yang kerap menangis. Tidak boleh berlaku kesilapan atau menegur sikapnya, pasti anak itu menangis.
  2. Kerap berasa sedih, mereka seolah-olah tiada semangat untuk meneruskan hidup. Segala yang berada di depan matanya hanyalah kesedihan.
  3. Kebiasaanya, kanak-kanak murung tidak boleh diharap bila diminta melakukan sesuatu.
  4. Hilang minat terhadap sebahagian besar aktiviti dan individu lain. Biarpun orang lain sedang bernyanyi, dia kelihatan tiada perasaan dan lebih rela bersendiri daripada bercampur-gaul.
  5. Di sebabkan mereka seperti tiada semangat, maka mereka kelihatan cepat letih, pucat dan kurang bermaya.
  6. Anak yang murung dikenl pasti mudah meradang dan mudah tertekan serta sering berasa bimbang.
  7. Anak yang murung selalunya akan di pulau dan sering diketepikan oleh kanak-kanak sebaya yang lain.
  8. Anak bukan sahaja berubah daripada segi personaliti, prestasi dalam pembelajaran juga akan merosot.
  9. Sering mendakwa mengalami masalah kesihatan seperti sakit kepala, perut dan sebagainya. Kadang kala mereka hanya menipu untuk merayu simpati.
  10. Sesetengah kanak-kanak kurang selera makan apabila menjadi murung, ada sesetengahnya pula menjadi sebaliknya.
Sebaik-baiknya setelah menyedari perubahan sikap anak, anda perlu mengambil tindakan pantas. Pertamanya, dapatkan nasihat secepat mungkin daripada pakar psikolgi apabila menydari anak anda mengalami gejala-gejala kemurungan yang teruk, berpanjangan dan luar biasa.


TINGKATKAN TENAGA ANAK ANDA (^_^)

Adalah mudah memastikan anak anda mempunyai kelengkapan yang betul untuk bersukan. Tahukah anda cara untuk memastikan anak anda dilengkapi dari dalam? Berikut adalah tip untuk memastikan mereka penuh bertenaga 

ANTIOKSIDAN

Sebab : Antioksidan (seperti Vitamin A, C dan E) membantu menyingkirkan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan sel sihat dalam tubuh anak anda

Sumber : Betik, lobak merah, tomato, beri, sayuran, kekacang dan legum

AIR

Sebab : Air diperlukan untuk kekal hidrat bagi menghalang kelesuan dan mengekalkan suhu badan serta melicinkan sendi tubuh anak anda.

BIJIRIN PENUH

Sebab : Bijirin penuh karbohidrat kompleks mengandungi serat, folat dan vitamin B yang memberi tenaga tambahan kepada anak anda.

Sumber : Bijirin oat steel-cut, bijiran sarapan dan roti perang

PROTIEN

Sebab : Protein membina, mengantikan dan mengekalkan tisu dalam tubuh anak anda dan mengekalkan kekuatan mereka. Semakin aktif anak anda, semakin banyak protein yang diperlukan unutk membina ototnya.

Sumber : Daging merah, telur, makanan laut, kacang dhal, dada ayam dan kacang soya.

ZAT BESI

Sebab : Makanan kaya dengan zat besi adalah penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Sumber : Daging merah, hati, bayam, kekacang, buah-buahan kering, bijirin diperkuat dan bijirin penuh.

KALSIUM

Sebab : Kalsium amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia menguatkan tulang dan membantu mereka kekal aktif.

Sumber : Susu, yogurt, keju dan ikan salmon

ELAKAN 7 JENIS MAKANAN UNTUK BAYI


Bayi begitu sensitif di saat mereka dilahirkan. Banyak perkara tentang seorang bayi yang perlu difahami dan diketahui oleh ibu bapa terutamanya. Baik dari segi penjagaan luaran mahupun dalaman seorang bayi. Oleh itu, tidak semua perkara yang baik untuk dewasa adalah baik untuk bayi. Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi kepada seorang bayi.

Garam
  • Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini

Gula
  • Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik.

Madu
  • Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi

Jus buah pekat
  • Jus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air.

Putih telur
  • Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas

Susu lembu
  • Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.

Susu rendah lemak
  • Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.


HERB-LAX SHAKLEE


Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaian secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Ia mengandungi 9 jenis herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. 


Manfaat Herb-Lax :-
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.


VITA-LEA IRON FORMULA


Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. 

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disalut dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-Tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di sunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

MANFAAT UTAMA :-

Penambahan Tenaga Segera 

  • Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap Nutrisi

  • Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

Keupayaan Sistem Produktif
  • Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

Metabolisma
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

Elemen Penting Pada Sel Tubuh
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.

Melindungi Organ

  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati





Rasiah Makanan Otak Genius Bayi

Setiap ibu pastinya inginkan anak yang pintar. Ketahui jenis-jenis makanan yang harus dimakan semasa hamil supaya dapat merangsang otak bayi dalam rahim anda :)

Kajian telah menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Oleh itu, ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan.

Antara makanan yang harus dimakan semasa hamil adalah seperti :-

MADU


  • Makanan yang sangat berkhasiat. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu


KISMIS


  • Kismis mengandungi zat besi yang berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Dengan ini, ia menjadi makanan pencetus untuk membentuk otak anak genius.


SUSU SEGAR


  • Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak.  
  • Sabda Rasululah s.a.w, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.


TELUR


  • Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam kampung terbaik untuk memberi kepintaran pada anak.


KURMA




  • Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencergaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin A,B,B1,B2,B3, Vitamin C dan E.


BUAH DELIMA


  • Buah ini boleh menjadi penerang hati. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud 'Baang sesiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari'.


KEKACANG


  • Kekacang turut memberi kekuatan pada perkembangan genius kanak-kanak. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak. Ia mengandungi nilai protein yang tinggi.


LABU


  • Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal.


MINYAK SAPI


  • Minyak sapi membekalkan otak yang genius. Biasakan dengan masakan menggunakan minyak sapi.


SAYUR-SAYURAN


  • Sayur-sayuran dan buah-buahan begitu kaya dengan vitamin yang membantu meningkatkan daya ingatan.




NOTA UNTUK MAMI (^_^)


ATASI KEMURUNGAN BAGI IBU MENGANDUNG
=======================================
  • Dapatkan rawatan segera
  • Banyakan berehat
  • Tidur dengan lebih kerap
  • Amalkan pengambilan makanan normal (pantang keterlaluan mungkin tidak sesuai)
  • Libatkan pasangan anda dalam tugas menguruskan rumahtangga dan bayi
  • Luangkan masa untuk diri sendiri
  • Dapatkan kumpulan sokongan terutamanya ahli keluarga terdekat
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in