SET PILIHAN IBU MENYUSU DAN HAMIL

Set pilihan ibu menyusu dan ibu hamil ketika puasa adalah 
  1. Set Mighty 3GEM 
  2. Set Menyusu Premium
Majoriti ibu-ibu menyusu khuatir susu mereka merudum ketika puasa. Mereka risau tidak dapatmaintain bekalan susu yang mencukupi. Dengan set Shaklee terpilih, mereka akan kekal cergas, cerdas dan cukup hidrasi ketika berpuasa dan tiada isu tidak cukup susu pada bulan Ramadhan.

Penghasilan susu ibu tidak akan berhenti ketika berpuasa. Kurang pengambilan kalori pun tidak semestinya menjejaskan kuantiti dan kualiti susu. Dalam satu kajian,ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusukan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau sedang hamil.

Faktor terpenting yang akan menyebabkan susu ibu berkurangan adalah dehidrasi. Oleh demikian, elakkan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. 

Anda boleh tahu bahawa anda kekurangan air (dehydrate) apabila:
§  anda rasa sangat dahaga
§  air kencing anda berwarna gelap/pekat dan berbau kuat
§  anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu
§  anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain

Kenapa Shaklee sarankan set-set berikut untuk Ibu menyusu / hamil yang ingin berpuasa?
(1) Set Mighty 3 GEM (Set Bulan Puasa)


MEAL SHAKE SHAKLEE
Membekalkan multivitamin yang dieperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal  dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

ESP
Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa

Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur.

(2) Set Menyusu Premium

ESP - membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya. Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya.
ALFALFA - Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.

OSTEMATRIK - satu biji ostematrik bersamaan segelas susu dan 80 biji badam. Dengan mengamalkan ostematrik ini tiada lagi masalah sembelit, kekejangan otot, simpul biawak dan segala mcm yang berkaitan dengan otot. kerana ostematrik ini membekalkan bukan hanya kalsium juga vitamin D yang amat diperlukan oleh tubuh kita bagi membina tulang.

sebab itulah ibu menyusu dan ibu hamil di galakkan mengambil ostematrik ini.anda percaya tak ostematrik ini juga membantu memperbanyakkan susu ibu yang menyusu? hmmm bagi ibu yang menyusu seperti sy sendiri memang ia amat membantu kerana itu ostematrik ini ada di dalam set penyusuan,set kehamilan dan set berpantang.

VITALEA - Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

CHEWABLE C - Untuk meningkat sistem imun ketika puasa

B-COMPLEX - B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap (8 jenis vitamin B) bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Asid folik dan B12 penting bagi wanita hamil dan wanita-wanita dalam mengawal emotional stress-level.  .

TIPS KESIHATAN SEMASA HAMIL DAN BERPUASA

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketaksernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahidrat.

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Hukum Wanita Hamil Berpuasa

Sepanjang bulan Ramadhan, ramai di kalangan kita yang brsungguh-sungguh mengejar barakah yang berada didalamnya dengan mengerjakan amalan puasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi maslah.Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.

Namun begitu, ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan bayi atau wanita yang hamil itu sendiri.

Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ada setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau meninggalkanya sepanjang kehamilan. Tiada suatu pendapat seragam yang sesuai digunakan untuk semua wanita hamil. Oleh itu, doktor harus menilai wanita hamil secara individual kerana hukum bagi wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu janganlah mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan pada wanita yang hamil. Hanya mereka sendiri yang dapat mengetahui kekuatan diri mereka unutk berpuasa. Oleh itu, jika mengalami kekeliruan terhadap kesihatan haruslah berjumpa dengan doktor untuk berbincang.


HUKUM WANITA HAMIL BERPUASA

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh puasa jika si ibu khuatirkan keselamatan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.

Ini bertepatan dengan firman Allah :

"dan jangan kamu membunuh diri kamu" (al-Nisa'4:29)

"dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah 2:915)

Terdapat dua hukum dalam keadaan ini iaitu :

Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa.

Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbang akan kesihatan dirinya, maka  mereka hanya wajib menggantikan puasa saja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.

Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat akan tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi dalam rahimnya.

Dalam hal ini, ulama memberikan pendapat dibolehkan berbuka puasa tetapi beliau harus menggantikan di hari lain dan harus membayar fidyah.

"barang siapa yang uzur (tidak boleh puasa), maka hendaklah membayar fidyah dengan memberikan makan pada orang miskin" (al-Baqarah 2:184)

Dalamfatwa al-shaykh Ibn Baaz (lihat juga al-Mawsoo'ah al-Fiqhiyyah 16:272) memberitahu adalah wajib bagi wanita untuk berbuka puasa jika puasanya akan mendatangkan kemudharatan dirinya atau bayi, dengan syarat ia dinasihat oleh doktor Muslim yang baik.


CADANGAN SLIMMING SET!!!

New Combination (OMEGA & ALFAFA & B COMPLEX)

 
kebiasaannya kita selalu dengar SLIMMING SET SHAKLEE terdiri daripada OMEGA & LECITHIN & ALFAFA & ESP & CINCH. Tapi sebenarnya kita terlepas pandang kepada B COMPLEX yang sebenarnya mempunyai fungsi yang sangat bagus dalam membantu menurunkan berat badan.

Kepelbagaian pilihan sekarang buatkan kita tidak tahu yang mana satu yang sesuai dan menjadi pilihan yang utama. OMEGA & LECITHIN adalah untuk membakar lemak-lemak yang ada. gabungan ini adalah SUPERBBB untuk mempercepatkan proses PEMBAKARAN LEMAK. Tetapi jika perlu dipilih tentulah OMEGA yang bagus kerana OMEGA ibarat GAJAH & LECITHIN ibarat KANCIL dalam proses mempercepatkan pembakaran LELEMAKS kita.hehe!
Ok. sekarang kita tengok new combination ni, apa yang istimewanya di samping BUDGET yang sangat sesuai untuk kita :))

B COMPLEX - kandungan Thiamine iaitu B1 sangat membantu meningkatkan metabolisme dalam badan kita. dan kandungan ASID FOLIC yang tinggi sangat membantu mempercepatkan kadar serapan dalam badan kita. kadang-kadang kita lambat sangat turun berat badan disebabkan kadar metabolisme dalam badan kita rendah

OMEGA GUARD - Omega 3 berupaya membakar lelemak didalam badan. Bukan itu sahaja, minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan bagi mereka yang mahu membuang lemak di badan. Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang mengawal selera makan. Leptin (di dalam Omega 3) inilah yang mengehadkan rasa lapar seseorang.

ALFAFA - membantu dalam proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

OK.. sdah siap proses explan mengexplan.. Sekarang tepuk dada tanya selera.. Pilihan ditangan anda (^_^)

SET BULAN PUASA


Sempena bulan Ramadhan yang kian hampir menjelma, Mami Leesya menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Shaklee Mighty 3 Gems program. Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. Anda jangan risau, set ini sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding).


So jika anda malas untuk masak sahur, terbangun lambat untuk sahur dan sebagainya, set ini adalah sangat sesuai untuk anda. Even untuk bulan-bulan lain selain Ramadhan, set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi. Menu sarapan pagi ini boleh diamalkan oleh semua golongan, dari kanak-kanak sehingga ke warga emas. Ia membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan setiap hari.

Terdapat 3 jenis produk dalam set ini - Mealshake, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.

Dapatkan set Shaklee Mighty 3 Gems dari Mami Leesya sekarang. Untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement B-Complex, Vita-Lea dan Vita-C dalam rutin sahur anda. 

Kami mengucapkan selamat berpuasa dan semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna (^_^)

Anda ada masalah badan berbau?

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan. Tidak kira lelaki atau wanita.

Apakah punca masalah bau badan ni??
Masalah bau badan berpunca daripada badan yang kurang bersih. Makanan akan menyumbang lagi keadaan ini. Mungkin ramai yang tidak dapat menerima pandangan ini, kerana masing-masing mengaku aku mandi tiap hari 2x, tak bersih ke? Ya, selepas mandi badan anda memang tidak berbau, tetapi setelah berpeluh aroma yang tidak menyenangkan ini mula menonjolkan diri. Mengapa?
Dalam badan kita ada 2 jenis kelenjar yg menghasilkan peluh. Pertama kelenjar Eccrine dan yang kedua Kelenjar Apocrine.
  • Kelenjar Eccrine - Bertanggungjawab terhadap proses berpeluh yg mana ia bsambung terus hingga ke permukaan kulit utk menghasilkan kulit..Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan buangan seperti urea,sodium,kalsium atau elektrolit. Peluh melalui kelenjar Eccrine ni bersifat tulen,jernih seperti air dan tidak berbau kerana terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.
  • Kelenjar Apocrine -Merembeskan cecair yg lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah (bau badan) jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.


Faktor -faktor yg menyebabkan bau badan :


  • Pencernaan yang tidak sempurna (sembelit)
  • Pengambilan pelbagai jenis makanan (bawang putih, kekacang, rempah, daging)
  • Suka minum banyak kopi atau minuman berkafein
  • Faktor Genetik
  • Mempunyai masalah ginjal, hati, hypoglycemia(kurang gula dlm darah), jangkitan kuman,kencing manis dan tiriod
  • Tekanan kerja

Cara menghilangkan bau badan :

  1. Kerap mandi dan jaga kebersihan diri- Cara terbaik ialah mandi 3 kali sehari, agar bakteria tidak boleh membiak dan pastikan pengambilan sabun anti bakteria. Amalkan pemakaian deodorant atau basuh dengan air limau
  2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar- bahan sebegini memastikan adanya peredaran angin, dan mengurang rasa panas dan secara tidak langsung mengurangkan peluh.
  3. Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
  4. Berhenti merokok
  5. Ambil supplement Shaklee

Bagaimana dengan pengambilan supplement shaklee dapat membantu anda dalam menangani masalah bau badan ini???


Alfalfa Shaklee - Alfalfa shaklee adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.



Garlic Shaklee – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau.


Herb-Lax Shaklee – Herb-Lax shaklee secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herb-Lax shaklee boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

TIP UNTUK MAMA : EPISIOTOMI CEPAT SEMBUH

Luka episiotomi memang tidak dapat dielakkan terutama sekali bagi kelahiran bayi pertama. Antara tip supaya luka ini cepat sembuh ialah :
  1. Pastikan kawasan terbabit sentiasa kering setiap kali selepas membuang air kecil atau mandi.
  2. Sentiasa memastikan ruang perineum bersih kerana darah nifas dan air kencing mengandungi kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan pada luka.
  3. Amalan sitz bath iaitu merendamkan punggung ke dalam air garam akan mengurangkan sakit dan membersihkan luka tersebut.
  4. Elakkan duduk atau baring terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tekanan pada luka.
  5. Pastikan anda tidak sembelit dengan mengamalkan diet kaya serat. Sembelit boleh menyebabkan luka episiotomi bertambah teruk.
  6. Elakkan makanan yang gatal seperti telur dan makanan laut bagi mengelakkan luka bernanah.
  7. Senaman kegel menyebabkan aliran darah ke bahagian tersebut dan mempercepatkan penyembuhan luka.
  8. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan daripada tekanan pada luka.
  9. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakan. 
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in