MENANGANI TEKANAN SEMASA KEHAMILAN



Tekanan merupakan perkara biasa dalam kehidupan. Ia muncul sebelum kehamilan dan akan terus wujud sepanjang kehamilan anda. Walaupun hamil, anda masih akan menghadapi pelbagai tekanan seperti kesesakan lalu lintas, pelbagai kerja, pergaduhan di antara rakan atau ahli keluarga (ataupun dengan suami) dan lain-lain. Di dalam situasi seperti ini, tekanan tidak akan mengapa-apakan bayi anda. 




Walaubagaimanapun, tekanan yang kronik atau terlampau mungkin boleh memberikan masalah kepada anda dan bayi anda. Tekanan yang kronik adalah seperti kehamilan tidak dijangka, perpisahan antara anda dan suami atau kematian ahli keluarga dan rakan rapat. Reaksi fizikal yang terlampau akan memberikan kesan merbahaya kepada anda dan bayi anda


FAKTA!!
Apabila anda tertekan, badan anda akan melepaskan hormon kortisol. Kortisol membantu untuk menangani tekanan dengan menaikkan kandungan gula darah, memberikan tenaga dan meningkatkan kesedaran anda. Tetapi jikalau tekanan itu kronik, neuron yang mengeluarkan kortisol di dalam otak menjadi tertekan dan terganggu yang akan menyebabkan kemurungan..


Makanan Terlarang Bagi Kanak-kanak Alergik


Apakah makanan yang harus dielakkan oleh kanak-kanak yang mengalami alergi??

3 Langkah Elak Alergi Makanan terhadap Kanak-Kanak ;-
  1. Beritahu anak nama makanan yang dia tidak boleh makan, dan tunjukkan gambar atau bawa dia bersama ke kedai untuk mengenali makanan tersebut.
  2. Benarkan dia berkawan. Bermain bersama kanak-kanak lain dan kuman yang ada pada mereka mungkin membantu menguatkan sistem imun anak anda dari semua jenis alergi.
  3. Berhati-hati dengan losen dan salap. Moira austin dari Anaphylaxis Campaign berkata bahawa kanak-kanak terdedah pada protin kacang tanah didalam sesetengah losen terutamanya jika anak anda menghidap ekzema.
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in