Merawat Keputihan Semasa Mengandung


Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Risiko Keputihan Semasa Hamil

Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan
kegatalan.
Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai
abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal. Jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.

Cara Merawat Masalah Keputihan Semasa Hamil

Keputihan semasa hamil tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Rawatan yang sesuai amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung. Ubat ini adalah dalam bentuk pil, tetapi bukan untuk makan yer. Ianya perlu dimasukkan ke dalam faraj selama 3 malam berturut-turut. Ia sememangnya agak tidak selesa untuk digunakan.

Adakah Suppositori Clotrimazole Ini Selamat Untuk Ibu Mengandung?

Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini. Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan
bahan ujikaji.
Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration)
telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C. Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Antara Tips Yang Boleh Diamalkan

  1. Pakai pakaian yang longgar dan serap peluh bagi mengelakkan bakteria dari peluh berkumpul terutamanya panty
  2. Pemakaian panty liner setiap hari adalah tidak digalakkan
  3. Pastikan kawasan vagina benar-benar kering setelah mandi atau membuang air kecil dan besar
  4. Kurangkan makan makanan yang manis dan berkafein
  5. Jangan gunakan Douche (ini dapat mengganggu keseimbangan PH normal dan mengakibatkan infeksi vagina)
 Sumber : http://www.doktorherba.com/

Cadangan Menggunakan Set Keputihan Shaklee Bagi Menghilangkan Masalah Keputihan

Jom kita rawat & kurangkan masalah keputihan ni dengan set keputihan shaklee...ada 2 jenis produk shaklee yang dapat mengurangkan masalah keputihan tu. ALFALFA COMPLEX & GARLIC COMPLEX. 


ALFALFA COMPLEX

Alfalfa bertindak sebagai agen antikulat yang kuat untuk membunuh kulat candida yang merupakan punca utama keputihan

GARLIC COMPLEX

Garlic secara tradisi terkenal dengan sifat anti-oksida dan antikulat yang hebat. Selain daripada itu, ianya membantu meningkatkan imun sistem badan untuk melawan jangkitan kuman.


Anda dari golongan yang mengalami masalah keputihan?

Cuba untuk merawat & mengurangkan 

masalah keputihan anda?

Jangan segan silu nak berkongsi dengan saya ya? 

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in