Kebaikan Zinc Complex Shaklee

Assalamualaikum..

Mami ada jugala amalkan  Zinc Complex Shaklee. tp jarang la.. Mami bg husband mami makan sebab banyak kebaikan vitamin ni pada lelaki.. heheh.. Tapi sekarang mami nak kongsi kebaikan vitamin ni dulu..

Mari mami terangkan satu-persatu kebaikan ZINC ni...

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
  • Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.
2. Membentuk Kolagen
  • Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
3. Memperbaiki Diabeties
  • Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.
4. Bintik Putih di Kuku
  • Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.
5. Mempertingkatkan Sistem Imun
  • Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
6. Mempercepatkan Pemulihan Luka
  • Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
7. Memperbaiki masalah Prostat
  • Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.
8. Kemampuan Seks Lelaki
  • Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
9. Ovulasi Wanita
  • Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.
10. Memperbaiki Radang Kulit
  • Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulitseperti akne dan jerawat.
11. Mengekalkan Deria Bau
  • Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).
Keistimewaan Zinc Complex Shaklee

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.



Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in