Cara Solat Semasa Mendukung Anak/ Bayi

 photo solat-gendong-bayi.jpg

Islam juga telah menyediakan jalan atau cara yang mudah untuk menunaikan solat disamping dapat menjaga bayi kita ketika beribadah.

Caranya:

  • Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
  • Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
  • Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
  • Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
  • Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
  • Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
  • Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.

Mudah kan? Semoga selepas ini, tiada alasan lagi bagi kita sebagai muslim untuk tidak menunaikan solat hanya kerana ingin menjaga bayi kita. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.


Read more: http://mahabbahislamiyah.blogspot.com/2013/07/solat-sambil-pegang-quran-handset-dan.html#ixzz3QeBAjYIR

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in