Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

Jika berat anda lebih , maka saya cadangkan anda harus amalkan makanan yang saya sebutkan ini.

HUMIS DAN SAYUR-SAYURAN

Humus merupakan makanan dari timur tengah yang kena dengan lidah kita. Humis mampu menambahkan tenaga kerana ia mengandungi zat besi, dan capsicum kaya dengan vitamin C,yang mana ia mampu memaksimumkan penyerapan zat besi daripada humus. Ayam pita pula merupakan snek yang kaya dengan protein yang mampu mengawal rasa lapar dan menstabilkan paras gula dalam badan. Tukar french fries biasa dengan sayur merupakan idea yang baik.

SALSA

Makan salsa tanpa tortilla chips dan margarita merupakan makanan yang sangat rendah kalorinya. Anda boleh membuatnya sendiri atau membelinya daripada supermarket.

TELUR

Terdapat salah faham yang mengatakan bahawa makan putih telur sahaja adalah yang terbaik. Tapi makanlah seluruh nya kerana ia lebih sedap dan separuh daripada protein dijumpai di dalam kuning telur. Protein di dalam telur kuning merembeskan glucagon yng membantu dalam membanar lemak dan membakar lemak di perut. putih telur mengandungi vitamin E dan akan membuatkan anda kenyang lebih lama.

ALMOND

Butter kacang kaya dengan protein,almond pula penuh dengan vitamin E, antioksida yang mampu melawan radikal bebas. Bukan sahaja almond baik utk kulit dan rambut,tetapi ianya juga kaya dengan magnesium dan vitamin B2 yanh membantu melawan stress. Stress menyebabkan badan jadi naik kerana cortisol yang dikeluarkan boleh menambah berat badan. vitamin B2 di dalam almond mampu mengawal stress dan meningkatkan tenaga.

BIJI CHIA

Biji chia kaya dengan Asid lemak omega-3, kalsium dan zat besi. Biji chia merupakan makanan yang bagus untuk turunkan berat badan kerana ia bertindak sebagai span yang menyerap gula dan menstabilkan paras gula. Ini kerana ianya sangat kaya dengan fiber yang boleh menahan 20 kali ganda beratnya di dalam air. oleh itu,apabila ia dicampur dengan air ia mampu menyerap lembapan lebih. Tambahkan ia dalam makanan beroat anda atau campur di dalam susu almond anda,ia akan menyerap cecair dan gelatin sama seperti puding beras.

QUINOA

Bijirin yang bebas gelatin ini boleh disediakan banyak-banyak dan boleh disimpan di dalam peti ais sehingga 5 hari. Makanlah begitu sahaja atau atau dengan makanan lain seperti sayur atau salad. Quinoa merupakan sumber protein yang lengkap kerana ianya mengandungi asid amino dan vitamin anti stress iaitu vitamin B.

KEJU PARMESAN

makanan untuk turunkan berat badan
Nampak macam tak logik kan keju sebagai makanan untuk turunkan berat badan? Tapi sebenarnya ianya boleh diambil sedikit sebagai penyedap makanan berkhasiat seperti hirskan keju pada salad.

ROTI GANDUM

roti gandum untuk turunkan berat badan
Roti gandum mempunyai nutrien yang tinggi yang boleh membuatkan badan menyerap nutrien dengan lebih baik. Jadikanlah roti gandum sebagai sandwic dengan epal dan mentega almond untuk mendapatkan hidangan yang lazat.

SNEK

imgres-24
Bawa bersama anda snek yang rendah kalori seperti multi-grain cookies, dark chocolate, oat pisang dsb. Untuk snek yang lebih menyihatkan ,boleh bawa sekali bersama anda kepingan epal, anggur , apricot kering yang boleh menghilangkan rasa lapar anda.

YOGURT

Yogurt merupakan makanan yang paling popular untuk mengempiskan perut, ia kaya dengan pribiotik, bakteria baik yang boleh mengurangkan lemak dari dalam badan. Pilihlah yogurt Greek dan bukan yogurt biasa kerana ianya tanpa lemak dan hanya separuh saja garam daripada yogurt biasa.

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in