Kriteria Pemilihan Protein Soya

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni saya nak bercerita pasal protein soya yang hangat dibualkan di Malaysia. Ramai yang enggan mendekati protein soya kerana dikatakan boleh membawa kepada penyakit buah pinggang.
Tahukah anda, tidak semua protein soya berbahaya. Oleh itu, anda perlu bijak memilih protein soya yang benar2 selamat.
Kriteria 1: Jenis Soya
Pastikan soya tersebut adalah Non-GMO..GMO adalah Genetically modified Organisms. Sebanyak 87% soya dikatakan mengandungi GMO. Manakala 70% pula terkandung di dalam makanan seharian kita.
sumber http://www.livestrong.com/article/200114-what-are-the-dangers-of-gmo-soybeans/
Apa yang bahanyanya GMO?
  • Gmo boleh menyebabkan perubahan tahap kesihatan jantung. GMO banyak digunakan untuk melemahkan jantung tikus dan arnab. Jika diambil oleh manusia, pengeluaran toksin akan berlaku dan boleh merosakkan jantung manusia.
  • Alergik : Pengambilan GMO boleh menyebabkan alergi di kalangan manusia seperti mana kanak-kanak yang mempunyai alergi pada kacang
  • GMO juga oleh menyebabkan kematian di kalangan bayi
  • Ia boleh mematikan placenta, jantung, uri bayi dan sel dalam masa 24 jam
soya
Oleh itu, jika ingin memilih jenis soya yang selamat, pilihlah yang diperbuat daripada non-gmo ingredients. Ianya ditulis dengan jelas pada label botol soya tersebut. Sekiranya tiada ditulis, memang sah protein tu ada GMO. Sudah terang lagi bersuluh.
soya non-gmo


Kriteria 2: Kualiti soya
Pastikan anda mendapat protein yang berbaloi dengan wang anda. ketahui perbezaan antara ‘isolate’ dan ‘concentrate’ soya.
‘Concentrate’ soya megandungi hanya di anatra 30% ke 85% protein sahaja. Ianya lebih murah dan mudah untuk didapati di pasaran atau kedai-kedai.
Manakala ‘isolate’ mengandungi lebih daripada 90% kandungan protein dan lebih mahal harganya. Kandungan protein yang banyak ini menjimatkan wang anda kerana anda hanya perlu mengambil dalam 1-3 sudu saja sehari untuk memenuhi keperluan protein harian anda.
esp soya asid amino
Kriteria 3: Perasa soya
Perasa soya anda boleh dikategorikan seperti berikut:
1. Tiada perasa atau pemanis
2. ‘Artificial’ atau kombinasi bahan ‘natural’ dan pemanis
3. Hanya bahan semulajadi dan pemanis
Walaupun pemanis dan perasa tiada kaitan dengan kandungan nutrisi di dalam soya, namun kebanyakan penggemar soya memilih untuk mengambil soya yang berperasa semulajadi dan pemanis semulajadi.
Untuk mendapatkan soya yang tiada bahan pemanis dan perasa, dapatkan ‘Isolate Soya’ atau yang ‘100% whey protein’ tanpa perasa.
Kriteria 4: Lactose-free soya
Soya yang terbaik adalah soya yang bebas daripada laktosa. Banyak kebaikan lactose-free soya ni.. Antaranya ialah:
  • Ia tidak muak dan lebih mudah hadam, tidak seperti susu. Pemilihan soya berasaskan tumbuhan adalah lebih baik daripada soya daripada haiwan kerana ia lebih mesra pada sistem penghadaman kita.
  • Ia mengelakkan alergi dan tindakbalas dalaman
  • Ia mengandungi nutrisi yang lengkap. Fiber, omega 3, 6 dan 9 yang terdapat pada soya tumbuhan membantu memperbaiki tisu dan sel badan.
  • Mesra alam- soya berasaskan tumbuhan lebih mesra alam semulajadi.
Kriteria 5: Keperluan soya di dalam badan
Keperluan Ambil mengikut keperluan badan sahaja. Kita tidak boleh secara keseluruhannya menolak kepentingan soya kerana fungsi protein untuk tubuh manusia adalah sangat besar. Banyak dari proses pertumbuhan tubuh manusia dipengaruhi oleh protein yang terkandung di dalam tubuh kita. Protein merupakan 1/6 daripada komposisi badan manusia.
Protein amat perlu untuk pertumbuhan sel-sel kulit, rambut,kuku, otak, organ, saraf, menjaga imuniti tubuh badan, membina bahan senyawa kimia seperti enzim dan hormon yang berperanan penting dalam mengatur berbagai proses yang terjadi di dalam tubuh dan bahan bakar untuk menaikkan energi tubuh.
Namun, pengambilannya perlulah mengikut keperluan anda, Jom guna kalkulator di bawah untuk tengok berapa keperluan protein uttuk badan anda sehari.
Kriteria 6: Reputasi
Suplemen diet termasuk di dalam kategori U.S. Food and Drug Administration berbeza dengan ubat-ubatan dan makanan biasa.
Dalam bidang nutrisi (suplemen vitamin) pula, FDA menjaga beberapa aspek seperti ‘claim’ dan label.Tidak seprti produk farmasuetikal (ubat dari unsur drug), FDA tidak mengawal kesan vitamin tersebut ke atas kesihatan, sebaliknya mengawal ‘claim’ dan penggunaan label. 
Syarikat pengeluar protein yang bagus perlu mematuhi beberapa aspek berikut:
[1]  Menjalankan Ujian Klinikal 
[2]  Label – tidak menyatakan bahan asas sebagai bahan utama. Sebaliknya dilabel dalam bahasa saintifik
[3] Claim (Dakwaan) – perlu menyatakan dakwaan seperti”produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat penyakit”
us fda esp soya
Kriteria 7: Elak daripada soya yang mengandungi bahan berikut:
Stok haiwan yang diawet- kerana ianya dihasilkan daripada tulang yang teah direbus. Hasil produk ini merupakan gelatin, iaitu protein yang mempunyai nutrisi yang paling rendah
Protein Hydrolysate—Ini dihasilkan daripada haiwan tiruan dan mempunyai asid amino yang paling sikit. selalunya ia dilabelkan sebagai “predigested protein.”
Whey—Ini merupakan  hasil produk daripada keju. ia merupakan protein yang tidak lengkap melainkan sekiranya ia ditambah dengan protein lain yang berkualiti tinggi.
Lactalbumin—Jika asid ditambah ke dalam susu, ia akan menjadikan protein tersebut menjadi seperti protein yang digunakan untuk membuat plastik.
Kolagen – Ia diperbuat daripada urat daging dan kulit dan tisu penghubung di dalam badan haiwan. Ia merupakan protein yang paling rendah.
Telur putih- Ia menjadi busuk di dalam udara yang lembap. Ia hanya mengandungi 10% protein. Ia lebih sensitif pada panas daripada telur keseluruhannya 
gmo soya esp

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in