10 Makanan Untuk Tambah Berat Badan

10 makanan untuk tambah berat badan didedahkan sekarang!

10 makanan untuk tambah berat badan
10 makanan untuk tambah berat badan
Sebagaimana susahnya nak kurus,macam tulah susahnya nak gemuk bagi yang badan terlalu kurus. Diet yang seimbang, goal yang konsisten dan exercise adalah beberapa perkara yang juga boleh membantu si kurus tambah berat badan. Expert mendapati bahwa kita seharusnya mengmbil 1g protein untuk setiap pound berat badan. Contohnya jika berat anda 54.4 kgs=120 pound,anda seharusnya mengambil 120g protein harian.
Makan makanan ringan seperti burger dan piza juga boleh membantu anda mendapat lebih kalori,tapi anda tidak akan mampu untuk menghadamkan semuanya jika anda tidak mengambil makanan penghadam seperti buah dan sayur.
Pakar Nutrisi, Neha Chandna berkata , ‘Menaikkan selera anda dengan makan lebih banyak bantu naikkan berat badan. Tetapi buatlah secara peringkat2 dan bukan terus memakannya sekaligus’
Tambahlah satu extra roti canai atau ambil nasi lebih daripada yang anda biasa makan,ataupun anda boleh mulakan dengan buah.Makan extra 1 buah setiap hari.’
latihan berat juga bagus bagi yang ingin tambah berat badan kerana ia boleh membina otot.Selain itu, memasukkan 10 makanan berikut dalam senarai makanan harian anda merupakan idea yang bagus untuk tambah berat badan.

SUSU

10 makanan untuk tambah berat badansusu merupakan sumber protein dan karbohidrat yang kuga mengandungi nutrien lain untuk tambah berat badan. 100ml hidangan susu mengandungi 3.4g protein dan jika anda minum 2 gelas air setiap hari,anda sudah mengambil 14g protein

TELUR

10 makanan untuk tambah berat badanTelur merupakan sunber protein yang tinggi. setiap 100g telur mengandungi 13 protein. ia juga dipenuhi dengan pelbagai vitamin seperti Vitamin A dan B12 yang menjadikannya makanan yang menyihatkan.

ENERGY BAR

10 makanan untuk tambah berat badanEnergy Bar merupakan bar granola yang mungkin tidak menyihatkan tetapi merupakan pilihan yang bijak bagi mereka yang ingin tambah berat badan. Ia penuh dengan kalori yang boleh menambah berat anda.

OAT

10 makanan untuk tambah berat badanOat sangat kaya dengan fibrr dan setiap 100g oat mengandungi 17g protein. ianya juga kaya dengan zat besi, yang menjadikannya makanan yang sihat untuk semua golongan. Cubalah resepi oat ini untuk tambah berat badan anda.

PISANG

Pisang selalunya dikaitkan dengan penambah berat badan.Setiap biji pisang mengandungi 105 kalori dan ia memberikan anda tenaga segera. ia juga mengandungi banyak karbohidrat yang diperlukan setelah aktiviti membakar lemak. Biasanya anda akan melihat pemain tennis makan pisang semasa jarak perlawa an untuk mendapatkan tenaga segera. Anda boleh makan pisang untuk mengurangkan risiko strok dan selepas menopaus

MENTEGA

Jika anda suka rasa mentega dan nak tambah berat badan, anda seharusnya masukkan mentega dalam diet harian anda. ia sangat kaya dengan lemak dalam setiap 100g mengega,mengandungi 81g lemak. Namun, pastikan anda makan tidak berlebihan kerana lemak yanh berlebihan boleh menyumbatkan arteri dan menyebabkan penyakit jantung

KENTANG

Lebih kurang 40% dalam diet anda mesti mengandungi karbohirat jika anda benar2 ingin tambah berat badan. Kentang kaya dengan karbohidrat dan asid amino seperti glutamine dan arginine yang mebuatkabnya makanan yang bagus untuk gemuk. pastikan anda makan sekali dengan kulitnya untuk mendapatkan khasiat yang optimum.

KACANG SOYA

Kacang soya mengandungi 36g protein untuk setiap 100g hidangan soya. Ia merupakan makan yang paling bagus untuk tambah berat badan. MEAL SHAKE PROTEIN UNTUK GEMUK

MEE

Walaupun kebanyakan orang fikir yang mee ni tidak menyihatkan,tetapi makan mee merupakan perkara yang bagus untuk mendapatkan kalori dan karbohirat dalam diet harian anda. Ia juga boleh dicampur dengan sayur yang boleh memberikan anda nutrien yang penting dan antioksida yang tinggi juga.

AYAM

Kebanyakan pembina badan tidak lupa untuk makan ayam. Bukan sahaja ianya sangat sedap tetapi juga kerana setiap 100g ayam mengandungi 25g protein. masukkan ayam dalam menu harian makanan anda dalam masa sebulan,dan anda akan mendapati berat badan anda naik dengan cepat.
Semoga makanan ini bantu tambah bert badan anda. Ingat untuk tambah berat badan memng memakan masa yang sangat lama. Makan makanan yang menambah sistem imun anda juga kerana jatuh sakit akan membuatkan anda kehilangan berat badan yng sangat banyak.

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in