Cara Solat Semasa Mendukung Anak/ Bayi

 photo solat-gendong-bayi.jpg

Islam juga telah menyediakan jalan atau cara yang mudah untuk menunaikan solat disamping dapat menjaga bayi kita ketika beribadah.

Caranya:

  • Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
  • Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
  • Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
  • Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
  • Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
  • Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
  • Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.

Mudah kan? Semoga selepas ini, tiada alasan lagi bagi kita sebagai muslim untuk tidak menunaikan solat hanya kerana ingin menjaga bayi kita. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.


Read more: http://mahabbahislamiyah.blogspot.com/2013/07/solat-sambil-pegang-quran-handset-dan.html#ixzz3QeBAjYIR

Nak Jadi Ahli.. Tapi Tidak Tahu Macam Mana.. Baca ni!!!!

Untuk menjadi  distributor @ ahli shaklee terdapat 2 cara:
1) Membuat pembayaran yuran ahli shaklee utk dapat memberkit bag RM 65+ postage (RM10 semenanjung/RM20 Sabah/Sarawak)
ATAU
2) Buat pembelian produk Shaklee 200 point UV ke atas = RM 660-700+ lebih kurang akan automatik jadi ahli shaklee secara PERCUMA…
jadinya tak perlu bayar yuran keahlian..Bila dah dapat UV point 200+ shaklee akan bagi bonus pada 14th bulan seterusnya 150 UV – 5% bonus.. 300 UV – 8% bonus 600 UV – 11% bonus dan seterusnya..
ahli sh 300x199 Ingin Jadi Ahli Shaklee ?

Maintain Point dan keahlian
  • Yuran Keahlian RM65 ni untuk sekali seumur hidup. Tak perlu renew dan boleh pakai sampai bila2.
  • Tidak perlu maintain point tiap2 bulan. Tiada paksaan nak kumpul point terutamanya yang nak makan sendiri. Jika anda inginkan BONUS daripada Shaklee, insyaAllah saya akan tunjukkan caranya bagaimana hanya dengan SHAKLEE.
register sekarang Ingin Jadi Ahli Shaklee ?
Kelebihan menjadi ahli 
1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga AHLI dan mendapat bonus daripada hasil pembelian kegunaan sendiri/ jualan
2) Access kepada GROUP EKSKLUSIF: Di sini kami ada group yg sentiasa bg semangat n tips utk berjaya..ramai yg jadi ahli ni sbb nak beli tuk guna sendiri..tapi lama2 bila dah dlm group..byk cas2 +ve n semngat..last2 terus buat bisness shaklee:) dah mcm adik beradik dlm tu..kita saling membantu… sesiapa pun tak memaksa untuk mulakan bisness shaklee..semua atas dorongan sendiri
3) Khidmat Nasihat/Coaching Perniagaan -Khidmat Nasihat bagaimana memulakan perniagaan secara ONLINE dan OFFLINE. Kebanyakan AHLI Group kami ada coaching khas bagaimana nak Berjaya. TIPS2 akan dikongsikan.. Hanya perlu DUPLICATE apa yang dilakukan oleh orang yang BERJAYA.
4) Perniagaan Full/Part Time Work-at-Home Mom – Sebenarnya ramai ibu2 yang bekerja rasa tidak puas hati dengan environment kerja sekarang walaupun gaji tinggi2..semuanya kalau boleh nak duduk di rumah di sisi anak2.. Peluang bersama Shaklee membuka mata untuk bekerja di rumah bersama keluarga dan dapat melihat anak2 membesar depan mata. Masa lalu takkan kembali.

Set Bersalin/ Pantang Shaklee


SET BERPANTANG SHAKLEE menawarkan produk2 yang berkualiti dan mempunyai fungsi tersendiri dalam pemulihan ibu selepas melahirkan. Antara fungsi-fungsinya adalah:




B Complex B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.





Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C) Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.





Vitalea (Multivitamin with iron) Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.




Zinc Complex Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.









ESP
dan ALFALFA, meransang aliran susu lebih baik, memperbaiki tisu-tisu dalam badan, memperbaiki organ-organ dalaman wanita.. (special bonus, bertindak sebagai kacip fatimah tau!)

**Tambahan pengambilan Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.

Bayi Menyusu Sebelah Sahaja? Tips Memujuk Bayi Anda....

Proses memujuk dan melatih bayi untuk menerima payudara yang tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Jangan sesekali memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa singkat.

Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda. Biarkan bayi meneroka tubuh agar dia dapat mengenal dan mengecam bau anda. Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin.

Susukan bayi menerusi payudara yang digemarinya terlebih dahulu. Apabila susu mula dirembes laju di kedua-dua belah payudara,secara perlahan-lahan,tukar posisi bayi ke payudara yang kurang digemarinya. Dengan cara ini, bayi tidak akan menolak payu dara tersebut kerana aliran susu adalah lancar.

Anda juga boleh memulakan penyusuan dengan payudara yang bermasalah setiap kali penyusuan. namun lakukannya ketika bayi di dalam keadaan hampir tertidur, selesa atau tidak terlalu lapar.

Anda digalakkan untuk memerah payudara yang kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dengan selesa daripada payudara tersebut. Malah sepanjang proses menggalak bayi menerima payudara yang tidak disukainya, jangan lupa untuk memerah susu daripada payudara sebelah lagi agar rangsangan sentiasa ada dan mencukupi.

Lokasi penyusuan memainkan peranan penting. Suasana di sekeliling lokasi yang tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi.

Proses ini tidak berhasil dengan sekelip mata. Ia memerlukan beberapa hari atau minggu. Jangan sesekali berputus asa. Yakinlah diri bahawa anda boleh! hati perlu cekal dan minda mesti kuat..

Artikel pa&ma Edisi April 2010 (Tips dari Kaunselor Laktasi- Aishah Mariam)

Salah satu cara adalah dengan mengubah posisi penyusuan dari cradle hold kepada football position.

Set Kurus Budget Shaklee



ALFAFA + LECITHIN untuk ANDA!!

Ramai yang bertanya kenapa perlu ambil kedua-duanya skali!! ambil satu saja x boleh ka? adedeh. bukan tidak boleh. boleh, tapi kamu mahu hasil yang SUPERRBBBB dan bersesuaian dengan BUDGET kan? jadi untuk hasil yang SUPERRBBBB kena la ambil kedua-duanya. hehe!!

Aik.. kamu orang tanya kenapa?
Mari kita tengok kenapa dan macam mana ALFAFA + LECITHIN berfungsi?


Langkah PERTAMA : Memecahkan Lemak (BAKAR LEMAK)


Proses memecahkan LEMAK boleh dilakukan dgn mengambil LECITHIN atau OMEGA. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak....dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane.. Lecitin taidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Langkah KEDUA : Membersihkan Usus (DETOX) (BUANG)

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah HERB-LAX atau ALFALFA. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa, dan Herblax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. HERB-LAX tidak syorkan pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak.

*Langkah KETIGA : Membina Otot dgn PROTEIN

Bagi anda yg sedang dlm proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dlm setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada CINCH SHAKE atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).

Kenapa perlu mengambil protein? Apabila lemak diuraikan drpd badan, otot diperlukan utk menggantikan ruangan yg kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

*untuk kesan yang lebih optimum bolehlah anda tambah dengan Cinch/ESP :))

sempena promosi Alfalfa Complex ni boleh la grab banyak2.. superbbb jimat tau (^_^)v

Petua Tradisional Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalain.. Ibu2, momy2 yang baru lepas bersalin tu boleh la cuba.. temasuk mami leesya juga.. ngee (^_^)v


Pilihan 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin. 

Pilihan 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Pilihan 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Pilihan 4:
Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Pilihan 5:
Ambil lengkuas padi/helang/ ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Pilihan 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Pilihan 7:
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Pilihan 8:
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Pilihan 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

Pilihan 10:
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Pilihan 11: 
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

Pilihan 12:
Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.

Pilihan 13: 
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Pilihan 14: 
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Pilihan 15: 
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 16: 
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Pilihan 17: 
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya. 

Pilihan 18: 
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut. 


Pilihan 19: 

Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
  

Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

Jika berat anda lebih , maka saya cadangkan anda harus amalkan makanan yang saya sebutkan ini.

HUMIS DAN SAYUR-SAYURAN

Humus merupakan makanan dari timur tengah yang kena dengan lidah kita. Humis mampu menambahkan tenaga kerana ia mengandungi zat besi, dan capsicum kaya dengan vitamin C,yang mana ia mampu memaksimumkan penyerapan zat besi daripada humus. Ayam pita pula merupakan snek yang kaya dengan protein yang mampu mengawal rasa lapar dan menstabilkan paras gula dalam badan. Tukar french fries biasa dengan sayur merupakan idea yang baik.

SALSA

Makan salsa tanpa tortilla chips dan margarita merupakan makanan yang sangat rendah kalorinya. Anda boleh membuatnya sendiri atau membelinya daripada supermarket.

TELUR

Terdapat salah faham yang mengatakan bahawa makan putih telur sahaja adalah yang terbaik. Tapi makanlah seluruh nya kerana ia lebih sedap dan separuh daripada protein dijumpai di dalam kuning telur. Protein di dalam telur kuning merembeskan glucagon yng membantu dalam membanar lemak dan membakar lemak di perut. putih telur mengandungi vitamin E dan akan membuatkan anda kenyang lebih lama.

ALMOND

Butter kacang kaya dengan protein,almond pula penuh dengan vitamin E, antioksida yang mampu melawan radikal bebas. Bukan sahaja almond baik utk kulit dan rambut,tetapi ianya juga kaya dengan magnesium dan vitamin B2 yanh membantu melawan stress. Stress menyebabkan badan jadi naik kerana cortisol yang dikeluarkan boleh menambah berat badan. vitamin B2 di dalam almond mampu mengawal stress dan meningkatkan tenaga.

BIJI CHIA

Biji chia kaya dengan Asid lemak omega-3, kalsium dan zat besi. Biji chia merupakan makanan yang bagus untuk turunkan berat badan kerana ia bertindak sebagai span yang menyerap gula dan menstabilkan paras gula. Ini kerana ianya sangat kaya dengan fiber yang boleh menahan 20 kali ganda beratnya di dalam air. oleh itu,apabila ia dicampur dengan air ia mampu menyerap lembapan lebih. Tambahkan ia dalam makanan beroat anda atau campur di dalam susu almond anda,ia akan menyerap cecair dan gelatin sama seperti puding beras.

QUINOA

Bijirin yang bebas gelatin ini boleh disediakan banyak-banyak dan boleh disimpan di dalam peti ais sehingga 5 hari. Makanlah begitu sahaja atau atau dengan makanan lain seperti sayur atau salad. Quinoa merupakan sumber protein yang lengkap kerana ianya mengandungi asid amino dan vitamin anti stress iaitu vitamin B.

KEJU PARMESAN

makanan untuk turunkan berat badan
Nampak macam tak logik kan keju sebagai makanan untuk turunkan berat badan? Tapi sebenarnya ianya boleh diambil sedikit sebagai penyedap makanan berkhasiat seperti hirskan keju pada salad.

ROTI GANDUM

roti gandum untuk turunkan berat badan
Roti gandum mempunyai nutrien yang tinggi yang boleh membuatkan badan menyerap nutrien dengan lebih baik. Jadikanlah roti gandum sebagai sandwic dengan epal dan mentega almond untuk mendapatkan hidangan yang lazat.

SNEK

imgres-24
Bawa bersama anda snek yang rendah kalori seperti multi-grain cookies, dark chocolate, oat pisang dsb. Untuk snek yang lebih menyihatkan ,boleh bawa sekali bersama anda kepingan epal, anggur , apricot kering yang boleh menghilangkan rasa lapar anda.

YOGURT

Yogurt merupakan makanan yang paling popular untuk mengempiskan perut, ia kaya dengan pribiotik, bakteria baik yang boleh mengurangkan lemak dari dalam badan. Pilihlah yogurt Greek dan bukan yogurt biasa kerana ianya tanpa lemak dan hanya separuh saja garam daripada yogurt biasa.

10 Makanan Untuk Tambah Berat Badan

10 makanan untuk tambah berat badan didedahkan sekarang!

10 makanan untuk tambah berat badan
10 makanan untuk tambah berat badan
Sebagaimana susahnya nak kurus,macam tulah susahnya nak gemuk bagi yang badan terlalu kurus. Diet yang seimbang, goal yang konsisten dan exercise adalah beberapa perkara yang juga boleh membantu si kurus tambah berat badan. Expert mendapati bahwa kita seharusnya mengmbil 1g protein untuk setiap pound berat badan. Contohnya jika berat anda 54.4 kgs=120 pound,anda seharusnya mengambil 120g protein harian.
Makan makanan ringan seperti burger dan piza juga boleh membantu anda mendapat lebih kalori,tapi anda tidak akan mampu untuk menghadamkan semuanya jika anda tidak mengambil makanan penghadam seperti buah dan sayur.
Pakar Nutrisi, Neha Chandna berkata , ‘Menaikkan selera anda dengan makan lebih banyak bantu naikkan berat badan. Tetapi buatlah secara peringkat2 dan bukan terus memakannya sekaligus’
Tambahlah satu extra roti canai atau ambil nasi lebih daripada yang anda biasa makan,ataupun anda boleh mulakan dengan buah.Makan extra 1 buah setiap hari.’
latihan berat juga bagus bagi yang ingin tambah berat badan kerana ia boleh membina otot.Selain itu, memasukkan 10 makanan berikut dalam senarai makanan harian anda merupakan idea yang bagus untuk tambah berat badan.

SUSU

10 makanan untuk tambah berat badansusu merupakan sumber protein dan karbohidrat yang kuga mengandungi nutrien lain untuk tambah berat badan. 100ml hidangan susu mengandungi 3.4g protein dan jika anda minum 2 gelas air setiap hari,anda sudah mengambil 14g protein

TELUR

10 makanan untuk tambah berat badanTelur merupakan sunber protein yang tinggi. setiap 100g telur mengandungi 13 protein. ia juga dipenuhi dengan pelbagai vitamin seperti Vitamin A dan B12 yang menjadikannya makanan yang menyihatkan.

ENERGY BAR

10 makanan untuk tambah berat badanEnergy Bar merupakan bar granola yang mungkin tidak menyihatkan tetapi merupakan pilihan yang bijak bagi mereka yang ingin tambah berat badan. Ia penuh dengan kalori yang boleh menambah berat anda.

OAT

10 makanan untuk tambah berat badanOat sangat kaya dengan fibrr dan setiap 100g oat mengandungi 17g protein. ianya juga kaya dengan zat besi, yang menjadikannya makanan yang sihat untuk semua golongan. Cubalah resepi oat ini untuk tambah berat badan anda.

PISANG

Pisang selalunya dikaitkan dengan penambah berat badan.Setiap biji pisang mengandungi 105 kalori dan ia memberikan anda tenaga segera. ia juga mengandungi banyak karbohidrat yang diperlukan setelah aktiviti membakar lemak. Biasanya anda akan melihat pemain tennis makan pisang semasa jarak perlawa an untuk mendapatkan tenaga segera. Anda boleh makan pisang untuk mengurangkan risiko strok dan selepas menopaus

MENTEGA

Jika anda suka rasa mentega dan nak tambah berat badan, anda seharusnya masukkan mentega dalam diet harian anda. ia sangat kaya dengan lemak dalam setiap 100g mengega,mengandungi 81g lemak. Namun, pastikan anda makan tidak berlebihan kerana lemak yanh berlebihan boleh menyumbatkan arteri dan menyebabkan penyakit jantung

KENTANG

Lebih kurang 40% dalam diet anda mesti mengandungi karbohirat jika anda benar2 ingin tambah berat badan. Kentang kaya dengan karbohidrat dan asid amino seperti glutamine dan arginine yang mebuatkabnya makanan yang bagus untuk gemuk. pastikan anda makan sekali dengan kulitnya untuk mendapatkan khasiat yang optimum.

KACANG SOYA

Kacang soya mengandungi 36g protein untuk setiap 100g hidangan soya. Ia merupakan makan yang paling bagus untuk tambah berat badan. MEAL SHAKE PROTEIN UNTUK GEMUK

MEE

Walaupun kebanyakan orang fikir yang mee ni tidak menyihatkan,tetapi makan mee merupakan perkara yang bagus untuk mendapatkan kalori dan karbohirat dalam diet harian anda. Ia juga boleh dicampur dengan sayur yang boleh memberikan anda nutrien yang penting dan antioksida yang tinggi juga.

AYAM

Kebanyakan pembina badan tidak lupa untuk makan ayam. Bukan sahaja ianya sangat sedap tetapi juga kerana setiap 100g ayam mengandungi 25g protein. masukkan ayam dalam menu harian makanan anda dalam masa sebulan,dan anda akan mendapati berat badan anda naik dengan cepat.
Semoga makanan ini bantu tambah bert badan anda. Ingat untuk tambah berat badan memng memakan masa yang sangat lama. Makan makanan yang menambah sistem imun anda juga kerana jatuh sakit akan membuatkan anda kehilangan berat badan yng sangat banyak.
 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in