10 TANDA ANAK HIDAP KEMURUNGAN


KEMURUNGAN adalah salah satu gangguan psikologi dan psikiatri yang paling kerap dialami seseorang. Paling menggusarkan apabila gangguan itu boleh meninggalkan kesan terhadap perasaan, kehidupan, emosi dan tingkah laku seseorang.

TANDA-TANDA KEMURUNGAN ADALAH SEPERTI :-
  1. Kanak-kanak yang kerap menangis. Tidak boleh berlaku kesilapan atau menegur sikapnya, pasti anak itu menangis.
  2. Kerap berasa sedih, mereka seolah-olah tiada semangat untuk meneruskan hidup. Segala yang berada di depan matanya hanyalah kesedihan.
  3. Kebiasaanya, kanak-kanak murung tidak boleh diharap bila diminta melakukan sesuatu.
  4. Hilang minat terhadap sebahagian besar aktiviti dan individu lain. Biarpun orang lain sedang bernyanyi, dia kelihatan tiada perasaan dan lebih rela bersendiri daripada bercampur-gaul.
  5. Di sebabkan mereka seperti tiada semangat, maka mereka kelihatan cepat letih, pucat dan kurang bermaya.
  6. Anak yang murung dikenl pasti mudah meradang dan mudah tertekan serta sering berasa bimbang.
  7. Anak yang murung selalunya akan di pulau dan sering diketepikan oleh kanak-kanak sebaya yang lain.
  8. Anak bukan sahaja berubah daripada segi personaliti, prestasi dalam pembelajaran juga akan merosot.
  9. Sering mendakwa mengalami masalah kesihatan seperti sakit kepala, perut dan sebagainya. Kadang kala mereka hanya menipu untuk merayu simpati.
  10. Sesetengah kanak-kanak kurang selera makan apabila menjadi murung, ada sesetengahnya pula menjadi sebaliknya.
Sebaik-baiknya setelah menyedari perubahan sikap anak, anda perlu mengambil tindakan pantas. Pertamanya, dapatkan nasihat secepat mungkin daripada pakar psikolgi apabila menydari anak anda mengalami gejala-gejala kemurungan yang teruk, berpanjangan dan luar biasa.


Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in