Rasiah Makanan Otak Genius Bayi

Setiap ibu pastinya inginkan anak yang pintar. Ketahui jenis-jenis makanan yang harus dimakan semasa hamil supaya dapat merangsang otak bayi dalam rahim anda :)

Kajian telah menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Oleh itu, ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan.

Antara makanan yang harus dimakan semasa hamil adalah seperti :-

MADU


  • Makanan yang sangat berkhasiat. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu


KISMIS


  • Kismis mengandungi zat besi yang berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Dengan ini, ia menjadi makanan pencetus untuk membentuk otak anak genius.


SUSU SEGAR


  • Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak.  
  • Sabda Rasululah s.a.w, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.


TELUR


  • Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam kampung terbaik untuk memberi kepintaran pada anak.


KURMA




  • Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencergaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin A,B,B1,B2,B3, Vitamin C dan E.


BUAH DELIMA


  • Buah ini boleh menjadi penerang hati. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud 'Baang sesiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari'.


KEKACANG


  • Kekacang turut memberi kekuatan pada perkembangan genius kanak-kanak. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak. Ia mengandungi nilai protein yang tinggi.


LABU


  • Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal.


MINYAK SAPI


  • Minyak sapi membekalkan otak yang genius. Biasakan dengan masakan menggunakan minyak sapi.


SAYUR-SAYURAN


  • Sayur-sayuran dan buah-buahan begitu kaya dengan vitamin yang membantu meningkatkan daya ingatan.




Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in