TINGKATKAN TENAGA ANAK ANDA (^_^)

Adalah mudah memastikan anak anda mempunyai kelengkapan yang betul untuk bersukan. Tahukah anda cara untuk memastikan anak anda dilengkapi dari dalam? Berikut adalah tip untuk memastikan mereka penuh bertenaga 

ANTIOKSIDAN

Sebab : Antioksidan (seperti Vitamin A, C dan E) membantu menyingkirkan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan sel sihat dalam tubuh anak anda

Sumber : Betik, lobak merah, tomato, beri, sayuran, kekacang dan legum

AIR

Sebab : Air diperlukan untuk kekal hidrat bagi menghalang kelesuan dan mengekalkan suhu badan serta melicinkan sendi tubuh anak anda.

BIJIRIN PENUH

Sebab : Bijirin penuh karbohidrat kompleks mengandungi serat, folat dan vitamin B yang memberi tenaga tambahan kepada anak anda.

Sumber : Bijirin oat steel-cut, bijiran sarapan dan roti perang

PROTIEN

Sebab : Protein membina, mengantikan dan mengekalkan tisu dalam tubuh anak anda dan mengekalkan kekuatan mereka. Semakin aktif anak anda, semakin banyak protein yang diperlukan unutk membina ototnya.

Sumber : Daging merah, telur, makanan laut, kacang dhal, dada ayam dan kacang soya.

ZAT BESI

Sebab : Makanan kaya dengan zat besi adalah penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Sumber : Daging merah, hati, bayam, kekacang, buah-buahan kering, bijirin diperkuat dan bijirin penuh.

KALSIUM

Sebab : Kalsium amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia menguatkan tulang dan membantu mereka kekal aktif.

Sumber : Susu, yogurt, keju dan ikan salmon

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in