TIP UNTUK MAMA : EPISIOTOMI CEPAT SEMBUH

Luka episiotomi memang tidak dapat dielakkan terutama sekali bagi kelahiran bayi pertama. Antara tip supaya luka ini cepat sembuh ialah :
  1. Pastikan kawasan terbabit sentiasa kering setiap kali selepas membuang air kecil atau mandi.
  2. Sentiasa memastikan ruang perineum bersih kerana darah nifas dan air kencing mengandungi kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan pada luka.
  3. Amalan sitz bath iaitu merendamkan punggung ke dalam air garam akan mengurangkan sakit dan membersihkan luka tersebut.
  4. Elakkan duduk atau baring terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tekanan pada luka.
  5. Pastikan anda tidak sembelit dengan mengamalkan diet kaya serat. Sembelit boleh menyebabkan luka episiotomi bertambah teruk.
  6. Elakkan makanan yang gatal seperti telur dan makanan laut bagi mengelakkan luka bernanah.
  7. Senaman kegel menyebabkan aliran darah ke bahagian tersebut dan mempercepatkan penyembuhan luka.
  8. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan daripada tekanan pada luka.
  9. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakan. 

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in