Hukum Wanita Hamil Berpuasa

Sepanjang bulan Ramadhan, ramai di kalangan kita yang brsungguh-sungguh mengejar barakah yang berada didalamnya dengan mengerjakan amalan puasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi maslah.Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.

Namun begitu, ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan bayi atau wanita yang hamil itu sendiri.

Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ada setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau meninggalkanya sepanjang kehamilan. Tiada suatu pendapat seragam yang sesuai digunakan untuk semua wanita hamil. Oleh itu, doktor harus menilai wanita hamil secara individual kerana hukum bagi wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu janganlah mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan pada wanita yang hamil. Hanya mereka sendiri yang dapat mengetahui kekuatan diri mereka unutk berpuasa. Oleh itu, jika mengalami kekeliruan terhadap kesihatan haruslah berjumpa dengan doktor untuk berbincang.


HUKUM WANITA HAMIL BERPUASA

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh puasa jika si ibu khuatirkan keselamatan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.

Ini bertepatan dengan firman Allah :

"dan jangan kamu membunuh diri kamu" (al-Nisa'4:29)

"dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah 2:915)

Terdapat dua hukum dalam keadaan ini iaitu :

Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa.

Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbang akan kesihatan dirinya, maka  mereka hanya wajib menggantikan puasa saja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.

Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat akan tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi dalam rahimnya.

Dalam hal ini, ulama memberikan pendapat dibolehkan berbuka puasa tetapi beliau harus menggantikan di hari lain dan harus membayar fidyah.

"barang siapa yang uzur (tidak boleh puasa), maka hendaklah membayar fidyah dengan memberikan makan pada orang miskin" (al-Baqarah 2:184)

Dalamfatwa al-shaykh Ibn Baaz (lihat juga al-Mawsoo'ah al-Fiqhiyyah 16:272) memberitahu adalah wajib bagi wanita untuk berbuka puasa jika puasanya akan mendatangkan kemudharatan dirinya atau bayi, dengan syarat ia dinasihat oleh doktor Muslim yang baik.


Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in