MENANGANI TEKANAN SEMASA KEHAMILAN



Tekanan merupakan perkara biasa dalam kehidupan. Ia muncul sebelum kehamilan dan akan terus wujud sepanjang kehamilan anda. Walaupun hamil, anda masih akan menghadapi pelbagai tekanan seperti kesesakan lalu lintas, pelbagai kerja, pergaduhan di antara rakan atau ahli keluarga (ataupun dengan suami) dan lain-lain. Di dalam situasi seperti ini, tekanan tidak akan mengapa-apakan bayi anda. 




Walaubagaimanapun, tekanan yang kronik atau terlampau mungkin boleh memberikan masalah kepada anda dan bayi anda. Tekanan yang kronik adalah seperti kehamilan tidak dijangka, perpisahan antara anda dan suami atau kematian ahli keluarga dan rakan rapat. Reaksi fizikal yang terlampau akan memberikan kesan merbahaya kepada anda dan bayi anda


FAKTA!!
Apabila anda tertekan, badan anda akan melepaskan hormon kortisol. Kortisol membantu untuk menangani tekanan dengan menaikkan kandungan gula darah, memberikan tenaga dan meningkatkan kesedaran anda. Tetapi jikalau tekanan itu kronik, neuron yang mengeluarkan kortisol di dalam otak menjadi tertekan dan terganggu yang akan menyebabkan kemurungan..


Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in