Bahaya Kurang Darah Semasa Mengandung

Jangan ambil ringan jika anda seorang yang kurang darah ketika hamil. Anemia sangat merbahaya. Penyakit ini banyak terjadi akibat ibu mengandung yang mengabaikan tentang zat pemakanan yang penting seperti zat besi, asid folik dan protein.
Yang selalu kita dengar, popular di kalangan ibu hamil ialah kurang darah disebabkan kekurangan zat besi. Gejala-gejala anemia ketika hamil tidak akan menampakkan muka pucat. Jangan ingat muka tidak pucat, anda tidak kurang darah pula.

Kenapa kurang darah semasa hamil?

Banyak sebab yang menyebabkan kurang darah semasa hamil. Antaranya ialah:
  • Tidak mengambil zat pemakanan yang penting tadi, iaitu zat besi, asid folik dan protein
  • Sering muntah-muntah, menyebabkan tidak dapat memakan zat pemakanan zat besi, asid folik dan protein
  • Kurang vitamin C dalam badan
  • Kurang asid perut yang menyebabkan kesukaran menyerap unsur besi
  • Pendarahan yang terlalu kerap

Apa bahaya bila kurang darah semasa hamil?

  • Boleh menyebabkan keguguran
  • Boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan disebabkan kurang kandungan oksigen dalam darah
  • Preeclampsia iaitu satu komplikasi kehamilan dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada sistem organ yang lain, selalunya buah pinggang
  • Pendarahan teruk selepas bersalin
  • Demam nifas
Sekiranya bakal ibu dikesan sedari awal, mengalami kurang darah semasa hamil, jangan abaikan perkara ini. Mula titik beratkan pemakanan yang berkhasia. Dapatkan vitamin dan suplemen yang secukupnya seperti (Maklumat dari Kementerian Kesihatan Malaysia):

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Biasanya, jika ibu kurang darah semasa hamil yang mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran. Ibu mengandung yang kurang darah semasa hamil boleh beli dan simpan stok makanan terbaik ini di rumah

momy2 semua jangan risau. mami sedia membantu.. Shaklee ada suplemen yg terbaik untuk ibu-ibu mengandung.. dah2, pm mami sekarang untuk tempahan 0128368256

Vita-Lea For Children

Vita-Lea For Children dah lebih setahun tiada dalam pasaran. Kini muncul balik buat come back baik punye diawal tahun Januari 2015. Multivitamin kanak-kanak dengan improved formula dari Shaklee terbaik untuk diberikan pada anak-anak yang sedang membesar.


Kajian terbaru menunjukkan 25% sumber kalori kebanyakan anak-anak ialah dari makanan ringan. Kentang goreng merupakan sumber sayuran no 1 mereka. 

Kajian tersebut turut menyatakan kekurangan nutrisi yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat menjejaskan prestasi anak-anak disekolah, mempengaruhi sistem inum, tumbesaran tulang dan perkembangan fizikal mereka.

Dinegara kite sendiri, 9/10 kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. Mungkin dalam hati kite menafikan yang anak-anak kite termasuk dalam nisbah ini. Atau memang benar anak kita salah seorang dari 9 kanak-kanak yang kekurangan diet yang seimbang.

Terdapat 7 keistimewaan Vita-Lea For Children sehingga amat rugi jika ada anak-anak yang sedang membesar kite tak bekalkan dengan multivitamin ni. Tablet sebesar bola mata anak-anak ini juga mampu menutup lompang-lompang nutrient anak-anak kita. Berikut ialah kelebihanVita-Lea For Children Shaklee
1. Mengandungi
  • 8 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 
2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.


3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.


7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.


Bayangkan kite bagi anak-anak kite makan semua ni dalam masa sehari ? Mesti sakit perut muntah 3 hari anak kita. Dah jadi masalah lain. Tapi semua ini dah dimudahkan, hanya 2 biji Vita-Lea For Children / sehari. 

Anak-anak kite sudah mendapat bekalan nutrient bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian selain daripada makanan yang dimakan setiap hari.

Rebut peluang mendapatkan Vita-Lea For Children dengan harga yang lebih ekonomi, kerana bulan Febuari Shaklee menawarkan promosi Vita-Lea For Chilrden Beli 3 Free 1. Memang berbaloi-baloi dan super jimat.

Zinc Complex Shaklee

Anda masih berikhtiar untuk mempunyai zuriat?
Anda mengalami kelesuan yang kronik?
Ingin meningkatkan kuantiti sperma?
Atau mengalami masalah keguguran rambut yang teruk terutamanya selepas bersalin?

Jangan risau lagi!

Dengan produk ini, masalah kekurangan zinc anda akan dapat di atasi in shaa Allah.

Jom kita lihat dengan lebih lanjut fungsi Zinc dan produk yang kami tawarkan untuk anda

Apakah fungsi Zinc dalam tubuh badan kita?

Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk kita. Ianya diperlukan untuk membentuk enzim dan hormon penting dalam tubuh badan selain memeliharanya.

Zinc berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia dalam berperanan secara lansung untuk metabolisma seluruh sel didalam tubuh kita.

Zinc juga perlu untuk proses pembentukan genetik iaitu pada DNA dan zinc turut mengaktifkan deria rasa dan lidah kita.


Dari manakah sumber zinc boleh didapati?

Bagi individu yang mengamalkan diet yang seimbang, zinc yang diperlukan setiap hari adalah 4-14 mg sehari. Zinc boleh didapati daripada pengambilan makanan-makanan berikut:















  • Daging
  • Telur
  • Makanan laut seperti kerang dan ikan
  • Susu dan produk tenusu seperti keju
  • Organ dalaman seperti hati
  • Bijirin seperti gandum
  • Ragi
  • Roti
  • Kekacang
                                             
Apakah kesan yang dialami jika anda kekurangan Zinc?

Walaupun anda mengambil zinc dalam kuantiti yang dicadangkan, namun hanya sekita 10-40% sahaja yang dapat di serap kedalam tubuh.

Ini kerana jumlah zinc yang diserap bergantung kepada sumber asalnya disebabkan adanya  serat yang mengikat zinc di bahagian ussu sehingga tidak dapat diserap

Ini akan menyebabkan masalah kekurangan zinc.

Jika anda mengalami kekurangan zinc, antara yang boleh terjadi adalah:


  • Pertumbuhan badan yang lambat
  • Tidak mempunyai selera untuk makan
  • Penyembuhan luka yan lambat
  • Kelesuan dan keletihan melampau
  • Tidak mampu merasa dengan baik (lidah)
  • Tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan samar dan gelap
  • Turunnya kadar kesuburan bagi lelaki
  • Keguguran rambut
  • Terganggunya proses pembentukan sperma
  • Terganggunya fungsi organ testikular lelaki

Apakah kebaikan mengambil Zinc Complex Shaklee?

Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi daripada Lecithin Shaklee kerana kepelbagaian fungsi yang dimilikinya, antaranya:


Siapakah yang perlu mengambil Zinc Complex Shaklee?

Zinc Complex Shaklee sangat diperlukan oleh:


  • Mereka yang inginkan pertumbuhan pesat. Zinc Shaklee sesuai diambil kanak-kanak berusia 13 tahun dan keatas bagi membantu pertumbuhan tubuh mereka
  • Wanita yang menyusukan
  • Mereka yang menjalani pembedahan. Zinc dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat
  • Wanita yang baru melahirkan. Zinc dapat membantu proses pengecutan rahim disamping memberikan bantuan dalam menyegerakan proses penyembuhan luka dikawasan kelahiran samada kelahiran secara normal atau pembedahan.
  • Lelaki dengan masalah kesuburan. Zic bertindak melindungi sperma, meningkatkan bilangan sperma dan menjaga ciri-ciri fizikal sperma supaya tidak menjadi abnormal.
  • Lelaki dengan masalah hormon testerone. Zinc sgt penting dalam proses pembentukan hormon testerone dan memberi tenaga supaya sperma lebih aktif bergerak menuju ke ovum. Untuk kesan lebih hebat, dapatkan set kesuburan Shaklee
  • Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Zinc mengaktifkan 20 jenis enzim yang dapat membantu regenerasi sel dan memelihara pertumbuhan rambut
  • Vegetarian. Mereka yang tidak mendapat sumber zinc dari daging boleh mendapatkan dari kekacanfg dan bijirin namun kerapklai jumlah zinc yang diperlukan tidak dapat dipenuhi. Zinc Complex Shaklee boleh membantu memberikan zinc yang diperlukan utk tubuh mereka.
  • Mereka yang minum alkohol. Alkohol mengurangkan jumlah zinc dalam bdan dan menghalang fungsi penyerapan zinc.

NOTA PENTING: Zinc Complex Shaklee mengandungi Alfafa (Medicago Sativa). mereka yang menghidap penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus) perlu mendapatkan konsultasi dan khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in