Baik buruk urutan

 
Urutan sememangnya baik untuk membantu melegakan kesakitan yang biasa dialami bahagian belakang, pinggang dan bahagian-bahagian tubuh yang lainya. Tambahan pula, urutan dapat membantu anda merehatkan otot yang mengalami ketegangan, melegakan sakit belakang, sengal bahu dan lenguh paha. Selain daripada itu, ia juga dapat melancarkan peredaran darah. Lebih menyeronokan, urutan berupaya memperbaiki mood anda agar lebih bertenaga, segar dan relaks.
 
Namun ada segelintir doktor kurang selesa memberi kebenaran untuk anda berurut kerana dikhuatiri ia boleh menimbulkan maslah kepada kehamilan. Kekhuatiran itu timbul berikutan tidak semua tukang urut arif tentang bahagian-bahagian tubuh ibu hamil yang boleh dan tidak boleh disentuh. Tambahan pula jika tukang urut berkenaan langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas tentang urutan.




KEBAIKAN URUTAN
  1. Urutan dapat membantu dengan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan kortisol yang menjadi punca tubuh mengalami tekanan.
  2. Tubuh akan lebih tenang dan bersemangat kerana urutan yang bagus akan meningkatkan kepekatan hormon dopamine dan serotonin. Hormon-hormon yang sama ini juga akan membantu anda mengurangkan komplikasi ketika dalam proses untuk melahirkan bayi kelak.
  3. Mengurangkan bengkak di bahagian sendi tubuh.
  4. Memperbaiki sistem ketahanan tubuh bagi melawan penyakit, jangkitan kuman dan virus.
  5. Memperbaiki pola tidur agar anda dapat tidur dengan lebih nyenyak.
  6. Mengurangkan kesakitan biasa ibu hamil iaitu sakit pinggang dan belakang tanpa memerlukan anda mengambil ubat penahan kesakitan.

GOLONGAN BERISIKO
 
Biarpun berurut merupakan salah satu langkah yang boleh membuatkan anda kembali rasa selesa selepas segala ketegangan dileraikan, ingatlah tidak smeua wanita selamat untuk melakukan urutan. Golongan berikut adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk berurut sepanjang tempoh kehamilan :
  • Menghidap tekanan darah tinggi ketika hamil
  • Berpengalaman melahirkan bayi pramatang 
  • Pernah mengalami keguguran di kehamilan terdahulu
MAKLUMAT TAMBAHAN SEBELUM BERURUT 

  1. Maklumkan usia kehamilan
  2. Maklumkan juga kepada tukang urut sekiranya terdapat bahagian-bahagian tubuh yang terlalu sensetif terutamanya yang sering menyebabkan anda berasa tidak selesa.
  3. Jika deria hidu sangat sensetif terhadap minyak urut yang digunkaan minta pertimbangan tukang urut untuk hanya menggunakan losen tanpa pewangi.
  4. Berwaspada jika tukang urut ingin menggunakan minyak pati ketika mengurut. Hal ini kerana terdapat sesetangah jenis minyak pati yang boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan.
  5. Sentiasa ingatkan tukang urut untuk sentiasa melakukan urutan ringan walaupun dia perlu menekan ke dalam bahagian otot bagi melegakan ketidakselesaan yang anda alami ketika itu.  

1 ulasan:

sHaRiNa eLyaNa berkata...

tips yg baik..nice sharing

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in