Set Penuh Kesuburan Untuk Suami Dan Isteri


Set kesuburan lengkap Shaklee terdiri daripada 6 produk untuk wanita dan 6 produk untuk lelaki, di mana 4 daripada produk-produk tersebut boleh dikongsi antara suami dan isteri: 

Set kesuburan wanita:
  • Vita-Lea
  • B-Complex 
  • Vita-C
  • GLA Complex 
  • Alfalfa Complex
  • CoQ Health Plus

Set kesuburan lelaki:
  • Vita-Lea
  • B-Complex 
  • Vita-C
  • Zinc Complex 
  • Vita-E Complex
  • CoQ Health Plus

Zinc Complex - merupakan suplemen yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma. Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.

Vita-E Complex - juga merupakan suplemen penting untuk kesuburan lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.

GLA Complex - merupakan suplemen wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.

Alfalfa Complex - mengandungi unsur antibiotik untuk mengurangkan masalah keputihan pada wanita. Alfafa adalah herba yang kaya dengan nutrisi dan bertindak membekalkan mineral yang penting untuk organ-organ pembiakan yang sihat termasuk magnesium, fosforus, asid lemak, antioksidan, vitamin dan banyak lagi.

CoQ Health Plus - kandungan CoQ10 di dalam CoQ Health Plus dapat meningkatkan kualiti 3 ciri utama sperma iaitu pergerakan sperma (motility), bilangan sperma (sperm count) dan juga bentuk struktur sperma (morphology). Buat wanita pula, ia membantu meningkatkan kualiti telur dan kadar persenyawaan telur, terutamanya buat wanita yang sudah berusia kerana kadar CoQ10 dalam tubuh akan semakin berkurang dengan peningkatan umur.

Vita-Lea  - mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

B-Complex - Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).

Vita-C Plus - Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.

Jika tidak mampu untuk membeli Full Set, Jangan risau sebab Shaklee ada menyediakan Set Bajet.. Sesuai dengan bajet anda (Baguskan Shaklee ni ) (^_^)
 



Fungsi untuk kedua2 vitamin ni boleh baca dekat atas tu.. Sama saja :)

Jom baca testimoni cust yang berjaya hamil setelah mengamalkan set kesuburan ni :-





Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in