Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Ini
berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu
sendiri.
Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang
lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan
keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan
bakteria ataupun kulat.
Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau.
Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu
kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk
boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko
berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.
Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi
keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja
sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.
Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori
antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu
mengandung.
Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung? Saya
sendiri berpengalaman menggunakannya.... sedikit tidak selesa kerana
anda perlu memasukkn pil ke dlm faraj dgn menggunakan alat kecil yg
disertakan sekali....
Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita
mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini. Kerana ini
adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan
ujikaji.
Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori
clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap
kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah
menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C.
Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.
Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!
Sumber ini dipetik daripada: www.9bulan.info
Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan