Cadangan Set Kencing Manis - DIABETES



Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ia juga dikenali sebagai kencing manis.
Tanda-tanda dan gejala amaran
  • Kerap membuang air kecilTerasa amat dahaga
  • Kabur penglihatan
  • Nafas berbau manis
  • Penurunan berat badan
  • Keletihan
  • Luka yang lambat sembuh

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :
  • Buta 
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sakit jantung
  • Lumpuh
  • Darah tinggi
  • Menjejaskan Keupayaan Seksual 
  • Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
  • Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki.
  • Tidak sedarkan diri.
  • Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.


PENJAGAAN DIRI
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
  • Jangan mengambil snek di antara waktu makan
  • Jangan melangkau waktu makan anda
  • Berhenti merokok
  • Berhenti mengambil alkohol
  • Berjumpalah doktor anda selalu
  • Bawa bersama-sama anda kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda.
  • Bersenamlah secara tekal, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
  • Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
  • Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki.

PENGAWALAN GULA DARAH UNTUK PESAKIT DIABETES

Pesakit Diabetes perlu mengambil makanan yang rendah
 lemaktinggi serat (Fiber) dan banyak sayur-sayuran. Paling bagus pesakit diabetes mengambil makanan yang rendah karbohidrat supaya gula darah tidak akan naik dengan segera.
Makanan yang tidak patut dimakan :
  • nasi putih (digantikan beras perang)
  • tembikai
  • Donut
  • roti putih
  • Corn Flakes
  • mangga 



Shaklee Blood Sugar Control Set merupakan supplemen yang dapat menolong pesakit diabetes mengawal gula darah pada setiap masa.

ESP
Pesakit diabetes amat perlu untuk mengambil makanan yg mempunyai indeks glisemik yg rendah supaya mereka tidak kerap merasa lapar dan mengambil makanan dalam kuantiti yg banyak. Pengambilan makanan yg berat & mengenyangkan dengan kerap boleh meningkatkan paras gula bagi pesakit diabetes. ESP memberikan tenaga serta rasa kenyang yg lebih lama kerana kandungan protein yg tinggi.

B-complex 
Penyakit Diabetes lebih cenderung dalam kekurangan vitamin B-1 atau thiamine. Menurut Diabetes Kesihatan, buah pinggang penyakit diabetes mengeluarkan thiamine bukan menyimpan dalam badan. Vitamin B perlu sentiasa diambil.

Zinc Complex
Kajian menunjukkan bahawa zink, elemen yang penting untuk mendorong pengeluaran enzim. Zink juga adalah satu keperluan untuk terlibat dengan metabolisme gula darah kerana zink merupakan pemangkin semulajadi untuk pengeluaran insulin.

Vivix
Vivix merupakan salah satu produk Resveratrol. Resveratrol telah mendapat banyak perhatian dari pakar atas manfaat antipenuaan dan memerangi penyakit. Resveratrol mempunyai antioksida yang tinggi, melindungi badan daripada radikal bebas. Resveratrol juga dipercayai akan memberi manfaat kepada Penyakit Diabetes dalam laporon perubatan

GLA Complex
Gamma linolenic acid (GLA) adalah asid omega-6 lemak yang ditemui dalam ekstrak minyak tumbuh-tumbuhan dan it dapat mengawal gula.

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in