Cara Atasi Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil


Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 - 15 %, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi. Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung iala 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.


KENAPA BERLAKU DARAH TINGGI KETIKA HAMIL?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri. "Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (Spiral Arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna".


APA RISIKO/ KOMPLIKASI?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana placenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepantutnya. Ini juga boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada bayi. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos amat tinggi. Namun semua ini bergantung pada analisis doktor.

Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadikan petunjuk kepada masalah preeclamsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia..


BAGAIMANA CARA MENGATASI/ MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI?
  • Elakkan makanan tinggi garam seperti makanan segera dan makanan ringan
  • Elakkan makanan yang diproses seperti nugget, sosej dan lain-lain.
  • Elakkan makanan bergoreng seperti Donat, telur goreng dan lain-lain lagi kerana ia tinggi kolestrol. Kolestrol akan menyebabkan salur darah sempit.
  • Amalkan minuman atau makanan yang tinggi Vitamin C seperti Avokado, Jus oren. Anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang sihat semasa hamil.
  • Amalkan pengambilan kalsium atau susu sehari 2 kali. Pengambilan susu akan meredakan urat daripada ketegangan.
  • Rancang aktiviti harian supaya tidak kelam-kabut. Keadaan kelam-kabut akan menyebabkan anda berada dalam keadaan tertekan.
  • Luangkan masa 10-15 minit untuk menenangkan diri di dalam bilik yang sunyi. Tarik nafas dalam-dalam.
  • Pakai harum-haruman seperti Lavender, lilin wangi untuk menghidupkan suasana tenang samada di rumah atau di pejabat.

CARA LAIN ADALAH DENGAN MEMAKAN SUPLEMEN 

Untuk mengawal tekanan darah agar berada pada tahap normal, mami mensarankan ibu-ibu hamil mengambil beberapa suplemen SHAKLEE iaitu :



Energising Soy Protein (ESP)
  • Terdiri daripada 9 asod amino penting, 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP adalah Indeks Glisemik yang rendah dalam membantu mengawal kandungan gula dalam badan. Ia kaya dengan Isoflavones yang membantu merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu, ia membantu mengawal berat ibu hamil dengan ideal.
B-Complex
  • Mampu meredahkan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan darah tinggi selalu juga berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan memberi kesan pada saraf.
Omega Guard
  • Iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salu darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga membantu merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darad did alam badan, mengawal maslaah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ostematrix
  • Membantu meringankan stress. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.
Garlic
  • Bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang normal. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin.

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in