4 khasiat dan kelebihan GLA terutama untuk kulit




Khasiat 1: GLA adalah rahsia kulit glowing dan nampak lebih muda. 
Ada satu kajian di mana sekumpulan wanita ambil makanan tambahan GLA, kurang dari 60 hari didapati kulit mereka tak hilang kelembapan. Moist dangebu je.

Satu pertiga daripadanya yang ada masalah rashes kulit dan gatal-gatal,hilang dah gatal-gatalnya. Kulit mereka pun tak berapa kering dan nampak glow.





Khasiat 2: Wanita Menopause dan Kulit
Bila dah menopause, ada satu enzim dalam badan yang tukarkan asid lemak ni dari makanan dah tak berfungsi. So, GLA dalam badan pun kurang. Sebabkan GLA kurang, kulit pun akan mula kusan dan berkedut apabila fasa menopause. Wanita menopause sering tertekan melihat kulit merekabertambah kering dan kasar. 

Untuk kembalikan kelembapan kulit, wanita menopause perlu ambil GLA.Kesan lebih parah pada kulit kering adalah dengan terjadi ruam dan ekzema.






Khasiat 3: GLA bantu kurangkan ruam kulit dan ekzema
GLA bukan sahaja penting nak elak kulit berkedut dan kering, ia juga boleh bantu kurangkan kehilangan air dari kulit. Masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, rosacea, dermatitis, jerawat dan kulit kering terjadi bila GLA dalam badan kita kurang.

60 pesakit diberi 500mg GLA sehari untuk masalah ekzema dan 90% mengalami pemulihan dalam 12 minggu.




Khasiat 4: GLA dan sunburn
GLA juga boleh kurangkan masalah keradangan dan sunburn pada kulit disebabkan gelombang UV. Satu kajian di Scandinavian menunjukkan mereka yang ambil GLA supplement boleh kurangkan kesan UV pada kulit. Kulit lambat menjadi merah dan pedih terbakar. Siapa yang malas nak pakai krim elak sunburn, boleh ambil GLA untuk penjagaan kulit dari dalam.

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in