Kurangkan Stress Dengan B-Complex


Stress adalah keadaan emosi negatif yang berlaku sebagai tindakbalas kepada sesuatu keadaan atau peristiwa yang kita tafsirkan sebagai boleh menyebabkan kesukaran kepada kita. Stress sepatutnya mejadi ‘driving force’ atau daya pendorong yang memacu kita ke arah kejayaan, bukannya menyebabkan kita semakin merudum.  Sebaliknya jika tahap stress terlalu tinggi kita mungkin akan keletihan dan boleh membawa kepada masalah kesihatan mental dan fizikal yang lebih serius.   Macam tak percaya je stress tu bagus untuk kesihatan?
Stress meningkatkan penghasilan hormon adrenalin yang boleh menyebabkan jantung berdebar, badan berpeluh, rasa seram sejuk seterusnya menyebabkan keletihan.  Penghasilan hormon adrenalin secara berlebihan boleh mengakibatkan salur darah mengecut dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung yang boleh menyebabkan serangan jantung.
Hormon lain seperti glucagon juga boleh terangsang mengakibatkan penghasilan gula berlebihan di dalam badan.  Selain daripada itu, penghasilan asid dalam perut juga turut meningkat hingga menyebabkan penyakit gstrik dan ulser perut.
Oleh itu kita perlu bijak mengawal stress supaya ia tidak menjadi pembunuh, sebaliknya stress yang terkawal menjadi pendorong untuk kita lebih berjaya dan lebih sihat.
Punca stress
Pakar pengkaji stress, Thomas Holmes dan Richard Rahe pernah melakukan survey mengenal pasti 10 punca utama stress iaitu:
  1. Kematian pasangan
  2. Perceraian
  3. Pergaduhan suami dan isteri
  4. Kematian anggota keluarga atau teman terdekat
  5. Cedera atau penyakit
  6. Pernikahan
  7. Kehilangan pekerjaan atau dipecat
  8. Keinginan yang tidak dipenuhi
  9. Perubahan status kewangan
  10. Melakukan pekerjaan saat akhir
Simptom stress
  • Sakit kepala (migrain )akibat peningkatan mendadak aliran darah
  • Kejang otot akibat saraf simpathetic yang tinggi
  • Sakit sekitar mulut – tekanan berlebihan pada gusi
  • gusi berdarah – hormon kortisol meningkat, mengurangkan keupayaan imunisasi badan
  • Jerawat – hormon tidak seimbang
  • Mengidam makanan manis
  • Kegatalan kulit
  • Alahan berlebihan – imunoglobulin E (IgE) dirembeskan dalam darah memberi sensasi alahan
  • Sakit perut secara tiba-tiba
  • Tua sebelum waktunya – wanita yang sering cemas secara signifikan akan lebih cepat tua
  • Banyak berpeluh
  • Rasa tidak sihat
  • Cirit birit dan terasaa nak buang air kecil
  • Kaki dan tangan sejuk
  • Keinginan seks menurun
  • Selera makan berubah
  • Terasa amat letih
  • Pengambilan alkohol dan semakin kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kecewa, sikap permusuhan, gelisah
Ada tak supplement yang boleh bantu kita kurangkan simptom  stress?
b complex
Manfaat utama B Complex adalah
  • Menukarkan makanan kepada tenaga yang dapat bantu sistem penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah kelesuan/keletihan
  • Melawan tekanan dengan memastikan kesihatan  fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

Tiada ulasan:

 
Copyright © Mami Leesya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in